Monday, September 30, 2019

Cature Odor Control Plus: Fancy Cat Litter unboxing






Basically semalam wife aku ajak pegi petshop sebab aku dah banyak kali sebut toilet kucing dah penuh.  So, nak pegi beli cat litter la ni.

Biasanya beli palet kayu yang tahan lama, dan tak berbau. Ada la jgk bau tu, tapi sipi-sipi je lah.

Semenjak wife aku pregnant, memang toilet kucing tu tak diuruskan dengan sepatutnya.  Oleh sebab ajk kucing adalah wife aku, dan wife aku dah pregnant sekarang, aku tolonglah jugak buangkan semua najis tu sekaligus.  Lebih kurang dalam satu bulan sekali? Lepastu, isi palet yang baru separuh guni tu.

DASYAT TAK? Ok, berbalik pada cat litter yang fancy ni.


Brand nye adalah cature.

Dekat kotak tu tulis Natural Wood Clumping Cat Litter. cature - odor control plus. Satu kotak ni seberat 8kg. dan harganya RM80. Itupun promo kalau tak RM85. giler tak? sekilo sepuluh ringgit!


Penjual tu siap cakap 7x absorption dan boleh buang dalam toilet. Maksudnya? boleh tahan lagi lama la kan! Xpayah nak buang selalu. Sebab tu wife aku cakap, ok lah nak try. 

Ok, ni natural wood, so 100% biodegrable. kira mesra alam.


Tapi, lepas balik, tengok direction for use,  kena scoop daily! urgh! no way.


Dan macam-macamlah benefits dia. Oh! patutlah mahal, dari USA rupanya, tapi made in China jgk.

Dalam kotak 8kg ni ada 3x pek yang kedap udara. Wow! ok ko bayar mahal memang patut lah fancy! So, aku bajet boleh lah tahan 3 bulan kot? sebulan 1 pek, Not sure!

Siap berbunyi angin lagi bila potong plastik kedap udara tu. Aku dah guna 1 pek, tinggal 2 lagi.


Dalam dia bentuk palet tapi kecik-kecik je, yang warna hitam tu arang. Kata penjual tu lah.

Hmm, kita tengok nanti macam mana hasilnya!

1 Oct 2019, 11:10am via BlogTouch

Tuesday, September 3, 2019

Spendee App Review : Malaysian context





Ok harini aku nak bgtau tentang satu app yang aku dok guna sekarang ni.. iaitu:

Spendee. App ni adalah tempat korang catatkan perbelanjaan & buat peruntukkan (budget).



Available di iOS, android & web.

Yang bestnye, boleh connect dengan bank, maka transaction bank & kredit kad automatik akan masuk dalam catatan.

Malangnya, setakat ini Maybank je yg local bank yg boleh connect utk Malaysia. HSBC & PayPal pun ada.
CIMB Tak ada ye!



Nampak tak percentage perbelanjaan aku bulan lepas? Ha, btw, ni baru buat hujung2 bulan ogos haritu. Banyak yg bertukar sebab nak pahamkan transaction dari account & ccard & payment. Kalau korang ada background accounting, mesti xde masalah!

App ni sgt lancar, xde sekat2 mcmTwitter. Haha. #twitter take note ye!




Sekarang ni ada promo langganan seumur hidup RM184.90.




Ataupun USD 44.99. Sebelum ni depa ada promo USD 39.99.  Masih lagi murah untuk seumur hidup.

Kalau xde bajet boleh try free dulu atau pilih bulanan.




 
Spendee premium trial 14 hari free atau RM52.90 setahun.



Spendee Plus RM34.90 setahun, tapi buat bajet2 je la, TANPA connection dengan bank.

Best giler app ni, harap2 ada CIMB pulak lepas ni (CIMB singapore & indonesia ada pulak!!!) 

Mari catatkan perbelanjaan!!

11:55am via BlogTouch 4 Sept 2019


Sunday, September 1, 2019

Hi, Hotlink RED





Hai semu, harini aku secara offically tukar dari Hotlink Fast ke Hotlink RED. Hotlink FAST ni offer free 1Gb+1Gb  4G internet setiap hari sabtu & ahad seumur hidup! 

Hotlink kenakan kadar RM0.99 untuk tukar plan. Lupa nak snap gambar! 




Tapi aku tukar la jgk sebab nak non-stop unlimited (FUP 1TB) untuk social apps.



Basically, korang boleh pilih salah satu ye. Bukan semua 3-3 pilihan tu. Antara chat, social ataupun video.

Untuk chat aku guna 1 je, yakni whatsapp. 

Untuk social aku guna lebih ig berjam-jam ok!. Twitter kalau bosan & fb jarang.

Untuk video youtube je la.

Jadi aku pilih social. Yeay!

Basically kalau korang pilih chat, whatsapp video call tidak termasuk unlimited ye! Kena tolak dari langganan internet.

Hotlink RED ni free internet untuk FB sebanyak 10Gb! Jadi aku ambik plan social tu rasa mcm ada redundancy di situ. Hmmm.




Aku try ambik plan 6Gb untuk RM35. Iaitu:
  • RM1.16 sehari ataupun 
  • RM5.83 per Gb!
Tapi xboleh la kira per Gb sebab social aku dikira  unlimited (1TB)!


Ok kita tengok 6Gb tu cukup ke tak!

2 Sept 2019 10:44am via BlogTouch