Friday, November 2, 2012

beats by dr. dre





beats by dr. dre?

Yup2.

my new earphone.

Basically I bought these earphone because my old earphone was too old to be used.

Lets the pics tell the story.

The earphone.



 earphone + casing bag
 earphone + casing bag + box

I don't have any idea whether these item was original or not.  Definitely the  seller convinced me that the item was original. But, it really feels good.  Securely fit into my ears. The sound was very pure and accurate. It is nothing to compare with my old iPhone4 earbuds (not earpods).  The best part is the bass, it is definitely more apparent.

How much? It just cost me RM70. Last item. Huh?





Thursday, November 1, 2012

Complaining...





Complaining?

Definition from dictionary please.
 




---------------

"Fussy la dia tu. 

Lorh, tu pun nak komplain?.... Hmmm.
Ada-ada je la dia ni.... Malas dowh."
 -------------

Ayat-ayat yang acapkali org dok cakap bila ada yang suka bagi feedback.

Feedback?????  Ye. aku anggap itu feedback. Why?

Sebab complaining tak semestinya asik complain, orang tersebut mesti ada benda nak disampaikan. Ok, ok, lepas definition, nak translation pulak.

Complain = Aduan

Makna kata, dia nak mengadu sesuatu.

OR

dia mmg jenis suka komplen. makanan tak sedap, tomyam tak cukup masam, air milo tak kawww, nasik lembik, coklat manis, etc etc...

ok, bab makanan ni, aku angkat kaki... sebab itu selera tekak masing-masing. tak de kaitan pasal ni yeah.

ni berkaitan bagi aduan. xfaham? Nah bagi contoh.

Situasi 1: Agen TM ckp tak yah byr apa-apa whilst kene byr yuran cagaran dan duti setem.

Situasi 2: Agen Umobile ckp it is free to call anywhere, xguna pun, tapi tiba-tiba ada surat saman sbb tak bayar ratusan ringgit atas nama korang.

So, korang nak complain tak?

Berdasarkan kes ini, korang mestilah tahu hak kita sebagai pengguna. Laporkan aduan pada pihak SKMM untuk rekod.

Ye, untuk rekod. kalau tak ada siapa complain, mereka anggap tiada kes. Kes-kes macam ni mestilah buat aduan. 

Aku pegi TMPoint dan staff situ cakap jika SKMM dapat banyak aduan dari kes yang sama, mereka akan gugurkan bayaran-bayaran tersebut.  "Kalau gune agent, mesti ada byk masalah" tambahnya lagi.

Ha, bukti tu.. so, sila lah buat aduan ye!

Mesti ada yang rasa aku tengah buat kempen galakkan mengomplen? ye dak?


Besides, ada sesetengah orang just:

----------
"redha je la... ujian.

mungkin ada hikmahnya... xpela.
ala, malas la nak ckp banyak, ikot je la... "
----------


Ini bukan sebab redha or ada hikmah dan lain-lain. tak salahpun dan tak kene bayar pun kalau buat aduan. kenapa perlu bayar kalau tak salah? bak kata bidalan, berani kerana benar takot kerana salah...

Ha, jadi aduan / complain tak semestinya tak bagus. Ataupun tak complain itu semestinya bagus. [betol ke ayat aku ni?]


jadi, buatlah aduan pada tempatnya ye.






Mari Mengira BMI





BMI ? apekah?

Busuk mulot idok? Buku matematik ini? Bisol membengkak itu?

Semua salah.


Apakah yang dimaksudkan dengan BMI sebenarnya?

BMI is abbreviation for Body Mass Index.

oh, its in English? dalam bahasa Melayu ape?

---------------------
Berat Melebihi IkanPaus? seriously??!!
---------------------

Jawapan = Indeks Jisim Badan.

Indeks Jisim Badan ataupun lebih dikenali sebagai BMI (Body Mass Index) adalah indeks pengiraan yang telahpun gunapakai oleh seluruh duniawi untuk mengukur tahap berat badan korang.

Korang hanya buat beberapa kiraan (mengikut formula) dan lihat pada jadual sama ada berat itu adalah ideal ataupun tidak.

Macam mana nak kira BMI? Mengira BMI mudah je.

Pengiraan adalah berdasarkan berat badan (kilogram) dan tinggi (meter)

Formula adalah (berat) ÷ (tinggi x tinggi)


contoh: 
berat 74.7kg
tinggi 176 cm. = 1.76m
 
= (berat) ÷ (tinggi x tinggi)
= (74.7) ÷ (1.76 x 1.76) 
= (74.7) ÷ (3.10) 
=  24.1

BMI = 24.1

Lihat kat jadual:

Klasifikasi
BMI (kg / m2 )
Kekurangan Berat Badan
<18.50
Julat normal
18.50 - 24.99
Berat badan berlebihan
≥25.00
Pra-obes
25.00 - 29.99
Gemok
≥30.00
 

Dengan berat 24.1, adalah julat normal. Jadi, BMI aku adalah normal. Alhamdulillah.. tapi sipi-sipi je nak terlebih. Kene jog lagi nih.


Haritu aku dan family ada pegi Hospital Sg Buloh, ziarah pakcik kat hospital, ada mesin yang automatik kirakan BMI. 


Tapi kene masokkan empat posen (40 sen). Gila Mahal!

Padahal boleh kira sendiri. Saje je nak try. Pau duit syiling mak aku. Terima kasih emak.

Berapa berat badan korang sekarang? Dah melebih-lebih? Ataupun tak cukup berat, tiup angin melayang... haaa.