Monday, September 24, 2018

Tabiat harian tahun 2018. Apa yang kita kena buat?





Tabiat ataupun habit dalam English adalah salah satu yang kita boleh pupuk. Ha!

Kali ni aku nak share satu tabiat yang diambil sepenuhnya dari sumber berikut: https://medium.com/marketing-and-entrepreneurship/these-24-daily-habits-will-make-you-smarter-65df08af5e94


Ha, marilah cuba amalkan untuk memupuk tabiat yang lebih baik. Ataupun, jadikan ni salah satu daripada listing untuk new year resolution? 

No 22? Kacang je! haha! -- untuk org yang terlebih sibuk je ni.

Via web. 25 Sept 2018. 10:54 am. 




Sunday, September 23, 2018

Tips Cash Back di Petronas





Posting kali ini akan ceritakan tentang Tips Cash Back di Petronas.

Vrrooommmm!

kita sedia maklum bahawa petrol kenderaan merupakan salah satu benda yang kita akan gunakan kalau kita ada kenderaan sendiri.

Jadi, aku nak share tips bagaimana kita akan dapat keuntungan sebagai pengguna.

1. Gunakan Mesra Kad



Kad mesra sebagai salah satu dari loyalty kad ni rasa macam tak da guna. Tapi, semenjak petronas menggandakan point x3, aku rasa tak leh lepaskan peluang ini.

Bayangkan kita isi petrol RM22.00 = 10 liter, kita dapat 10x3 = 30 points. bersamaan 30sen setiap 10 liter. Isi selalu, sedar tak sedar, kau akan kumpul berpuluh ringgit.


Aku sempat redeem. Terkejut. Masukkan kad mesra kat kad terminal, macam nak masuk kredit kad tu. Then, walla!

2. Gunakan kredit kad PETRONAS Maybank Ikhwan VISA


Sebab apa? Sebab ada 8% cash back bila gunakan pada hujung minggu. Aku selalu isi minyak hari Sabtu, dan aku sedaya upaya akan cuba isi lagi pada hari Ahad untuk fully utilized 8% ni.


Cuba tengok transcation aku untuk bulan lepas, dia akan kreditkan pada setiap 1 haribulan. So, aku dapatlah dalamm RM26.97. Boleh isi minyak kot, dapat isi lebih kurang 12.25 liter lagi. Ko rase, tiap-tiap bulan dapat minyak petrol free tak ke best?

Tapi, dalam bentuk cash back. Yakni, dia akan tolak semula account kredit kad kau yang selalu swipe tu. Contoh di atas, aku isi hari sabtu 25 Ogos, tapi isi lagi hari Khamis 30 Ogos untuk top up. Untuk hari biasa, selain hujung minggu dapat 1% saje. Tak sebanyak hunjung minggu 8%.



Ha, ni hasil dari website yang korang boleh layari : https://www.mymesra.com.my/Cards_Services-@-PETRONAS_Islamic_Credit_Cards.aspx

Mungkin ada cara lain yang lebih bagus untuk dapat lebih banyak cash back. Share-share lah.  Cara ini sesuai untuk aku sebab petronas ada banyak di sekitar Sungai Petani.

Via web. 24 Sept 2018. 10:29am




Saturday, September 22, 2018

Tisu Kleenex with Eucalyptus Oil





Basically aku baru je try tisu Kleenex with Eucalyptus Oil.

Jom kita buka. Dah terbukak sebelum sempat nak snap picture. hehe.


 Katanya bagus untuk kesejukan dan selsema. AAAichummm.

Ada vapour release, yakni mengeluarkan bau macam berangin, ala-ala vicks.

Jom tengok bahagian bawah dia tulis apa. Oh, buatan Thailand. Sawadeekap!. Chlorine-Free tissue dan dari sumber yang dikawal memastikan mesra alam sekitar, sosial dan kebaikan ekonomi.  Not recommended to use tissue for the eyes!. Jadi, bukanlah tisu sesuai untuk bilik kaunseling.


Warna tisu ni putih, ada 3 lapisan, jadi takdelah bila bersin terus berlubang tisu. Ada 80 helai total, pandai-pandailah darab untuk berapa kali bersin tu. achummmmm!

Lagi satu, tisu ni ada fine detaling.  Kat bahagian tepi tu dia ada tekstur skit.




Haaa! tisu ni agak mahal sebenarnya. Kalau dalam direktori jayagrocer : https://www.jayagrocer.com/product?variant_id=199559 harganya RM15.09

Personally, aku rasa bau minyak angin ni mcm bau rempah berangin. tapi bukan rempah makanan ye. haha.

Review aku, better beli tisu muka yang lain lebih murah, sebab kadang-kadang scent eucalyptus oil ni mungkin tak kena dengan kita dan tisu lain tawarkan harga jauh lebih murah.


Dapatkanlah rawatan doktor kalau selsema. Senang kan!

From web. 2:58 pm 23 Sep 2018.