Showing posts with label 2019. Show all posts
Showing posts with label 2019. Show all posts

Sunday, December 22, 2019

Sony TV with airplay2 and homekit support





After long waited, sony tv already update their tv with airplay2. This will be the first batch 2019 tv that received airplay2 support. Last Friday (20 Dec 2019) I realized its already there. 




 I am owning 55” X85G model are the lucky ones because X80G didnt received airplay2 and homekit support.




 I believed all 2019 sony tv with X1 processor and above only capable to receive apple support.



Souce: apple website.

So, do I need to buy a new apple tv 4K? Or just wait the new apple tv?

Hmmm.

1:02pm via BlogTouch, 23 December 2019

Tuesday, October 22, 2019

Tukar Coil Aircond Proton





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Banyak benda yang aku nak share pasal kereta yang aku dah repair. Tapi tak terbuat macam pengalaman repair windscreen Dr. Cermin, tukar engine oil tank, compressor retak dan macam-macam lagi lah.

Kena tukar compressor. Dah retak

Kalini aku bagi sempat jugak sebab aku dah habis dekat seribu untuk aircond. Ni rawatan kali ke 3 untuk aircond sebab kedai ni check satu persatu, kemungkinan coil aircond aku bocor, tapi takot bukak terus, tak bocor, dah rugi.


1st aku pegi dah kena RM120 aku ingat sebab compressor tu, dah merecik abis satu enjin. jadi bersihkan filter & isi gas.


kali ke 2 pegi kena RM80 isi gas lagi & tukar getah. mebi longgar kat getah antara enjin & dalam kereta.

Kedai aircond kereta yang aku pegi kat sini:

YSC Star Auto, No 56, Jalan Teratai 1, Amanjaya, Sungai Petani. Kedai ni corner lot, landmarknye kat Sebelah Sekolah Vokasional Sungai Petani, Tol Sungai Petani Utara.

Aku hantar pada 21 Oktober 2019, dalam pkl 12 tghari, siap dalam pukul 7:30 malam. Bagus workshop ni siap snapkan picture bagi bukti.

Dashboard Proton Saga FL aku kena robek untuk tukar Coil Aircond yang terletak kat bawah dashboard.


Memula tak caya, tapi itulah dia.

Jadi togel, apa yang korang rasa?

Coil Aircond Proton yang bocor tu.

Coil Aircond Lama vs Baru.

Total cost untuk tukar Coil Aircond ini adalah sebanyak RM700 lepas diskaun RM35 & free perfume! ha.


Sekarang dah repair, sejukkk lah hati ni walaupun panas je duit dah keluar. haha.

23 Oct 2019, 12:01pm via web

Sunday, June 23, 2019

Mubi Sinema di Malaysia & Indonesia 2019!





Assalamualaikum wbt.

Btw aku ter-tengok youtube ads berkenaan mubi sinema. Tak pasti iklan tersebut menggunakan talent izara aishah atau hanya preview movie2 nusantara iaitu Malaysia & Indonesia.

Bila check website, coming soon pulak!



RM5 je sebulan. Setiap hari akan ada movie baru. Lama atau baru. Yeay! 

Aku excited sebab pernah la cuba mubi ni dulu.... 30days free trial. Tapi bila check semula kat apple tv, dapat 7days free trial je? 



Nak langgan RM15.90? Hey no! Nak yang RM5.00 sahaja. Buat apa nak bayar mahal-mahal kalau ada yang murah kan? 



Btw, aku sgt excited kalau boleh view kat apple tv selain dari netflix la. iflix pulak, sampai ke harini tak ada apps apple tv.


Xhabis lagi ni. Aku pun google lah! Dan menurut variety, ini adalah berita exclusive dan tergempar! Baru launch kot harini (6hours ago) ikot jam US PDT!  Kat Malaysia dah 24 Jun 2019!!!! Wallawey!!










Tapi dia tulis price RM15 pulak tuu.. mebi untuk channel akan dtg yg add chinese & korea kot?

 aku nak RM5 je k? Haha.

Hopefully, bila mubi sinema ni dah start, bolehlah guna apps kat apple tv yang available ye. Kalau tak, hampalah aku. Uhuk!


24 Jun 2019. 2:37 pm via BlogPost








AiAVitality Sleep Tracking & Fitbit Charge 3 Review





Ok, previous posting tentang Fitbit Charge 3 yang aku dapat sebab ambik AiA Takaful & sign up AiAVitality jgk.

Sebab apa nak sangat, sebab nak dapat point. 


Ha, nampak tak, track with fitbit, garmon atau misfit shj. Boleh kumpul 2000points utk tido je. Haha! 

Jadi, aku pun gunalah fitbit charge 3 waktu tido. Untuk
 health exercise, aku guna strava. Itu posting lain eh?




Apa yang korang perlu tahu? Sebenarnya tido di-ukur dari jam 12 tengah hari sehinggalah 12 tengah hari esoknya!! 24 jam tu kene tido at least 7 jam untuk dapat 10points!




Kira rugi jugaklah sebab dah bulan jun, aku baru je beberapa hari dapat points. Patutnya start April 2019.



Ok lah. Better late than never kan!  

But, paling penting, guna fitbit ni ada sleep analysis. 

Ha, ni aku nak review fitbit charge 3. Not only this model, yang lain-lain pun ada je features ni. Yang penting fitbit ada sleep analysis terbaik. Jom kita tengok!



Haa, nampak tak ada Awake, REM, Light & Deep Sleep. Hebat kan!!

Scroll ke bawah, tengok summary dia.



Of course dari jam 12:50 am - 9:15 am tu aku ada terjaga. Sebab solat subuh dll. Pegi toilet & amek mood nak tido. So, nampak tak fitbit ni dia punya analysis tido paling terbaik dan accurate.




Jangan lupa nak points tu, link apps/ devide kat AiAVitality apps korang eh.


Sampai situ jelah. Selamat Hari Raya! #Syawal20

24 Jun 2019 11:13am via BlogTouch

Monday, June 17, 2019

Fitbit Charge 3 #AiAVitality





Assalamualaikum wbt.

Akhirnya dapat fitbit charge 3 lepas sign up plan ALSi. (A-Life Signature-i)

Promo seperti berikut.



Jadi, bolehlah collect point dgn tido je.



Ni ha.. rasa nak buat ada video unboxing... nantikan.



Update : 31 July 2019 setelah berkurun lama, baru nak update video dalam youtube.




Box fitbit charge 3 ni di-packkan dlm AiAPublic Takaful packaging.




Nice kan! Jom tido! Haha. Dapat lah 10 point.

10:05 am 18 June 2019 via BlogTouch

Friday, May 31, 2019

Kelapa Lemon sempena berbuka 2019





Pada mulanya aku nampak Rizalman buat air sirap selasih letak air kelapa.

Maka, aku pun belilah air kelapa yang dalam kotak ni seperti yang aku lihat dalam instastory beliau.

Tapi, sampai ke sudah xbuat sebab tak beli selasih. 

Maka, tersimpanlah air kelapa tu dalam peti sejuk.

Beberapa hari lepas kawan aku cerita betapa sedapnya air kelapa lemon sempena juadah berbuka yang dibeli kat Bazar Ramadhan.

Aku pun cubalah keesokkannya.




Sedap ke tak??? Jawapnya TIDAKKK!!
sebab air kelapa dalam kotak tu xsedap.
Aku teguk sikit je pun rasa macam basi. Lepas goncang2, ok la sikit. Tapi masih xsedap.

So, silalah beli kelapa asli ye. 

Selamat berpuasa & beribadah. Sedihnya Ramadhan dah nak sampai ke penghujung... semoga sempat bertemu Ramadhan akan datang.

Btw, dah nak raya. Aku nak mohon ampun maaf kepada semua pembaca.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


31 Mei 2019, 10:03 pm via BlogTouch

Saturday, March 30, 2019

Repair Inlet / Intake Manifold? 2019 Price





Harini aku nak share tentang harga kalau nak tukar inlet manifold (ada sebut intake manifold) original dari Proton Service Centre.



Itu adalah kod bagi inlet manifold (RM642.33) dan canister valve (RM119.47). Upah sebanyak RM120 belum tax ni.

Side support xde kaitan dekat engine ni sbb kat tepi lampu tu longgar, xrapat.

Ape penyebab kena tukar inlet / intake manifold ni? Meh dengar dari video ni.




Ok. Tu je sebagai rekod di tahun 2019.

10:17pm 30 Mac 2019. Via BlogTouchPro

Saturday, February 9, 2019

Warning Letter from MOH





Hi everyone!

Did you know that MOH will give you a warning letter if you bought pharmaceutical, health and cosmetic products without authorization, license or permit?

    

Yup! I do receive a warning letter from (MOH) Ministry of Health Malaysia  (Pharmacy - Enforcement Department) regarding cosmetics without authorization.

I bought the products from Singapore. Although it is part of Malaya a long time ago before being expelled.



I do believe the box already tore down based on the tape on the box and DHL plastic package.




All the items released for once only and legal action will be taken if I repeat the order in the future. So, be careful guyz!

Better buy products in Malaysia and visit npra.moh.gov.my for verification of registered products!


Hope this can help.

10 Feb 2019, 12:34 pm from web


Tuesday, January 8, 2019

Synology DiskStation DS218+ in 2019





Hi semua.

Kalini nak share tentang Synology DiskStation DS218+ yang baru aku beli pada 12.12.2018 Lazada deal.

Unboxing video ada di youtube:


Untuk setup NAS (network attached Storage) ni, harganya adalah seperti berikut:

Produk : Synology DiskStation DS218+
Harga : RM1,221.00

Produk : Seagate 4TB NAS HDD
Harga : RM525.50 x 2 unit = RM1,051.00

Total Setup : RM2,272.00.

Seriously, memang terbakar poket!

Although I am regret to spent a lot of money on it, I am quite impressed with the performance.  Yup! you invest a lot for this. As average Malaysian, in this setup, it quite expensive. Be careful!

Tapi nak buat macam mana, dah terbeli, termimpi-mimpi dek kerana WDMyCloud 3TB aku dah pun rosak.

Kalini try Synology pulak! Kalaulah RM ni sama dengan USD, mesti setup ni jauh lebih murah. Dalam lima ratus lebih je. OK. xyah bermimpi.

Kalau korang pertama kali nak gunakan NAS, aku suggest guna WDMyCloud / WDMyHome je lah sebab korang tak yah fikir nak setup macam mana, semuanya dah siap all in one.

Synology ni lebih banyak features, tapi kene tahu apa kebendanya yang korang nak setting tu.

Apa-apa pun, kalau ada duit lebih, boleh beli yang lebih canggih!


8 Jan 2019, 4:02 pm from web.