Oleh itu, aku pon belilah pelitup muka jenis fabrik di Zalora.
Saiz lelaki untuk Mango Man yang lebih mahal tu, saiz sangat kecil. If you would like to have more coverage, go for Scotch & Soda. Highly recommend for men! Even more cheaper & I do love it!
Ok harini aku nak bgtau tentang satu app yang aku dok guna sekarang ni.. iaitu:
Spendee. App ni adalah tempat korang catatkan perbelanjaan & buat peruntukkan (budget).
Available di iOS, android & web.
Yang bestnye, boleh connect dengan bank, maka transaction bank & kredit kad automatik akan masuk dalam catatan.
Malangnya, setakat ini Maybank je yg local bank yg boleh connect utk Malaysia. HSBC & PayPal pun ada.
CIMB Tak ada ye!
Nampak tak percentage perbelanjaan aku bulan lepas? Ha, btw, ni baru buat hujung2 bulan ogos haritu. Banyak yg bertukar sebab nak pahamkan transaction dari account & ccard & payment. Kalau korang ada background accounting, mesti xde masalah!
App ni sgt lancar, xde sekat2 mcmTwitter. Haha. #twitter take note ye!
Sekarang ni ada promo langganan seumur hidup RM184.90.
Ataupun USD 44.99. Sebelum ni depa ada promo USD 39.99. Masih lagi murah untuk seumur hidup.
Kalau xde bajet boleh try free dulu atau pilih bulanan.
Spendee premium trial 14 hari free atau RM52.90 setahun.
Spendee Plus RM34.90 setahun, tapi buat bajet2 je la, TANPA connection dengan bank.
Best giler app ni, harap2 ada CIMB pulak lepas ni (CIMB singapore & indonesia ada pulak!!!)
Oh yeah! Today aku dah pun dapat status AiAVitality sebagai gold status.
Walaupun umur vitality aku 42! Omg!
Kena dapatkan lagi 10k barulah Platinum.
Aku sign up AiAVitality start 11 Mac 2019. Btw, beberapa hari lepas tu barulah aku guna. Sbb masih newbie, tak tau nak buat apa.
Well, what does it feel after reach gold status? Rasa mcm dpt medal? Haha! Rasa biasa je. Cuma tak de la rasa ralat sebab booster polisi AiA xkan ada penurunan.
Kene platinum, barulah booster naik 1% untuk AlSi, cancer plan & 2% untuk AlLi.
Basically aku dah carik lama link untuk pembelian lesen Microsoft legally. Bukan puluh ringgit yang korang beli kat shoppe yang kene guna email sesapa ntah.
Pastu lepas check, sebenarnya benda tu companny/school/organization luar.
Korang jangan main2. sebab semua tu boleh di track!
Kaedah yang paling murah dan selamat serta sah di sisi undang-undang adalah menggunakan akaun ni. (Kalau korang pelajar/staf di institusi pengajian tinggi).
Kena ada email education ye!
Dulu aku beli untuk 4 tahun RM 219.99 je (2014) sekarang RM309.00. Nangis jugak weh!
Btw aku ter-tengok youtube ads berkenaan mubi sinema. Tak pasti iklan tersebut menggunakan talent izara aishah atau hanya preview movie2 nusantara iaitu Malaysia & Indonesia.
Bila check website, coming soon pulak!
RM5 je sebulan. Setiap hari akan ada movie baru. Lama atau baru. Yeay!
Aku excited sebab pernah la cuba mubi ni dulu.... 30days free trial. Tapi bila check semula kat apple tv, dapat 7days free trial je?
Nak langgan RM15.90? Hey no! Nak yang RM5.00 sahaja. Buat apa nak bayar mahal-mahal kalau ada yang murah kan?
Btw, aku sgt excited kalau boleh view kat apple tv selain dari netflix la. iflix pulak, sampai ke harini tak ada apps apple tv.
Xhabis lagi ni. Aku pun google lah! Dan menurut variety, ini adalah berita exclusive dan tergempar! Baru launch kot harini (6hours ago) ikot jam US PDT! Kat Malaysia dah 24 Jun 2019!!!! Wallawey!!
Kalini nak share tentang Synology DiskStation DS218+ yang baru aku beli pada 12.12.2018 Lazada deal.
Unboxing video ada di youtube:
Untuk setup NAS (network attached Storage) ni, harganya adalah seperti berikut:
Produk : Synology DiskStation DS218+
Harga : RM1,221.00
Produk : Seagate 4TB NAS HDD
Harga : RM525.50 x 2 unit = RM1,051.00
Total Setup : RM2,272.00.
Seriously, memang terbakar poket!
Although I am regret to spent a lot of money on it, I am quite impressed with the performance. Yup! you invest a lot for this. As average Malaysian, in this setup, it quite expensive. Be careful!
Tapi nak buat macam mana, dah terbeli, termimpi-mimpi dek kerana WDMyCloud 3TB aku dah pun rosak.
Kalini try Synology pulak! Kalaulah RM ni sama dengan USD, mesti setup ni jauh lebih murah. Dalam lima ratus lebih je. OK. xyah bermimpi.
Kalau korang pertama kali nak gunakan NAS, aku suggest guna WDMyCloud / WDMyHome je lah sebab korang tak yah fikir nak setup macam mana, semuanya dah siap all in one.
Synology ni lebih banyak features, tapi kene tahu apa kebendanya yang korang nak setting tu.
Apa-apa pun, kalau ada duit lebih, boleh beli yang lebih canggih!
Macam tajuk kat atas, korang ni gembira ke tak? Ada satu laporan tahun 2018 World Happiness Report telah pun diterbitkan. Sumber di sini: http://worldhappiness.report/ed/2018/
Negara Malaysia di kedudukan 35 daripada 156 negara yang dilaporkan.
Nak hepi lebih sikit, pindah pegi Singapore, di kedudukan 34. Kalau tahu bahasa arab, boleh pegi Arab Saudi atau Qatar.
Senang, pindah Finland terus sebab ranking yang pertama. Korang rasa apa? Ha! btw, ukuran kegembiraan "hapiness" ni, diambil dari aspek GDP, Social Support, Healthy life expectancy, freedom to make life choices, generosity, perception of corruption, & dystopia (1.92) + residual.
Ha! xmampu, hepikan je diri sendiri dengan pelbagai cara ok!
Jom short vacay Cameron Highland. What to do, in 3D2N peeps?
Awal tahun 2018 haritu sempat ke Cameron. Ni aku kongsikan itinerary berjalan-jalan di Cameron Highland. Since aku dari Sungai Petani, Kedah, jadi waktu perjalanan adalah seperti berikut.
Day 1
1400 : Bergerak ke Cameron Highland
1830 : Tiba di Hotel & check in
1930 : Taman Abang Buffet Steamboat and Grill, Tanah Rata (016-2250315)
Day 2
0800 : Breakfast @ Hotel
0900 : Bergerak ke Sungai Palas Tea Boh Plantation
Ha, kalau terjemah, adakah rakyat Malaysia mempunyai pasport yang berkuasa?
Sebelum tu, lets check out apa yang ada pada pasport Malaysia ni.
Passport Malaysia warna merah menyala. Merah maksudnya berani, siapa tak tahu sila belajar sampai pandai. Ada jata negara kat tengah-tengah kulit depan pasport ni.
Selak kulit depan, maka, nampaklah bahagian ni. Ye! Xboleh pegi Israel!!!!
Pegilah tempat-tempat lain, jangan jejak ke bumi Israel. Tapi rasanya tahun lepas ada isu dengan Korea Utara, makanya xboleh juga ke Korea Utara setakat ini.
Ni penting. Bahagian belakang sekali. Jangan buat macam-macam, nanti korang yang susah kat imigresen.
Berbalik pada betapa berkuasanya pasport Malaysia, untuk tahun 2018, Henley Passport Index dah keluarkan laporan awal tahun ni.
Untuk ranking Asia Tenggara, Malaysia di tangga ke 2. Nombor 1 negara jiran di selatan, Singapura.
Malaysia secara keseluruhan menduduki tangga ke 2 di Asia Tenggara, ke 4 di Asia (selepas Singapura, Jepun, & Korea Selatan) dan di tempat ke 12 di dunia.
Rakyat Malaysia boleh ke 166 buah negara menggunakan pasport mereka tanpa visa! Rasa berkuasa tak?
Hari ni aku nak kongsikan tentang Teh Palas Supreme dari pengeluar teh tempatan, BOH.
Ha, bekas tin ni pun eksklusif kena lah dengan namanya. Harga lebih kurang RM17-18 kalau tak silap aku.
Teh Palas Supreme dibuat 100% dari daun Black Tea, Sungai Palas, Cameron Highland, Pahang, Malaysia.
Mereka menggunakan daun dari pucuk pokok teh yang dipetik menggunakan tangan. Staf BOH Sungai Palas ni pun mengesyorkan kami untuk beli teh ni. Sebab tak dijual di tempat-tempat lain.
Nampak tak penutup tin ni. Ada cop mohor BOH dan jugak pucuk daun teh.
Kat bawah tin ni ada info tambahan. Cara-cara nak buatnya sangatlah mudah. Macam buat air teh biasa. Yang penting halal dan tak tamat tempoh lagi.
Kat dalam tin ini ada uncang teh berbentuk piramid (pyramid bags). Bukan seperti uncang teh biasa ye. Korang akan dapat 20 uncang teh untuk satu tin.
Haa, zoom lagi nak tengok macam mana bentuk uncang piramid. Nampak tak daun teh tu dipotong besar dari yang biasa kita lihat.
Kesimpulannya, rasa teh ni sedap. Buat Teh O ye. Bukan teh susu. Rasa memang nipis je.
Info dari staf BOH, semakin besar keratan teh, semakin nipis rasanya. Semakin kecil keratan teh, semakin tebal rasanya. Kira tebal tu makin kelat la.