Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Friday, January 19, 2018

Itinerary ke Cameron Highland 2018





Jom short vacay Cameron Highland. What to do, in 3D2N peeps?




Awal tahun 2018 haritu sempat ke Cameron. Ni aku kongsikan itinerary berjalan-jalan di Cameron Highland. 

Since aku dari Sungai Petani, Kedah, jadi waktu perjalanan adalah seperti berikut.


Day 1
1400 : Bergerak ke Cameron Highland
1830 : Tiba di Hotel & check in
1930 : Taman Abang Buffet Steamboat and Grill, Tanah Rata (016-2250315)

Day 2
0800 : Breakfast @ Hotel
0900 : Bergerak ke Sungai Palas Tea Boh Plantation 

0930 : Pastry & morning tea @ Palas Tea Boh Plantation 

1100 : Melawat Kilang Teh BOH Sungai Palas

1200 : Lunch at Cafe Lorong

1315 : Solat Jumaat / Butterfly Farm

1500 : Petik Strawberry @ Opah Strawberries & Jams - Jalan Taman Sedia

1600 : Taman Arkeologi MARDI


1700 : Evening tea & scone time @ Cameron Valley - Tanah Rata

1800 : Balik Hotel, Rest & Bersiap
2000 : Pasar Malam
2100 : Dinner @ Rasa Sayang Cafe

2300 : Balik Hotel & Good Night

Day 3
0800 : Breakfast @ Hotel
0900 : Nasi Lemak strawberry abg cafe & checkout


1030 : Kea Farm

1200 : Lavender Valley

1300 : Cameron Valley Tea House, Kuala Terla beli Teh Cameron Valley
1500 : Bertolak Pulang
1700 : Early Dinner @ Nasi Vanggey, Ipoh

2000 : Tiba di Sg Petani


Ha. Jom ke Cameron! 



7:23 p.m. 19 Jan 2018. BlogTouchPro.

Tuesday, January 16, 2018

Palas Supreme Tea – BOH





Hi and good day everyone.
Hari ni aku nak kongsikan tentang Teh Palas Supreme dari pengeluar teh tempatan, BOH.
Ha, bekas tin ni pun eksklusif kena lah dengan namanya. Harga lebih kurang RM17-18 kalau tak silap aku. 
Teh Palas Supreme dibuat 100% dari daun Black Tea, Sungai Palas, Cameron Highland, Pahang, Malaysia.
Mereka menggunakan daun dari pucuk pokok teh yang dipetik menggunakan tangan. Staf BOH Sungai Palas ni pun mengesyorkan kami untuk beli teh ni. Sebab tak dijual di tempat-tempat lain.

Nampak tak penutup tin ni. Ada cop mohor BOH dan jugak pucuk daun teh. 

Kat bawah tin ni ada info tambahan. Cara-cara nak buatnya sangatlah mudah. Macam buat air teh biasa. Yang penting halal dan tak tamat tempoh lagi. 

Kat dalam tin ini ada uncang teh berbentuk piramid (pyramid bags). Bukan seperti uncang teh biasa ye. Korang akan dapat 20 uncang teh untuk satu tin.

Haa, zoom lagi nak tengok macam mana bentuk uncang piramid. Nampak tak daun teh tu dipotong besar dari yang biasa kita lihat.


Kesimpulannya, rasa teh ni sedap. Buat Teh O ye. Bukan teh susu. Rasa memang nipis je.

Info dari staf BOH, semakin besar keratan teh, semakin nipis rasanya. Semakin kecil keratan teh, semakin tebal rasanya. Kira tebal tu makin kelat la. 

Jom minum Teh!



12:00 p.m. 17 Jan 2018. BlogTouchPro.