Showing posts with label hotlink. Show all posts
Showing posts with label hotlink. Show all posts

Sunday, September 1, 2019

Hi, Hotlink RED





Hai semu, harini aku secara offically tukar dari Hotlink Fast ke Hotlink RED. Hotlink FAST ni offer free 1Gb+1Gb  4G internet setiap hari sabtu & ahad seumur hidup! 

Hotlink kenakan kadar RM0.99 untuk tukar plan. Lupa nak snap gambar! 




Tapi aku tukar la jgk sebab nak non-stop unlimited (FUP 1TB) untuk social apps.



Basically, korang boleh pilih salah satu ye. Bukan semua 3-3 pilihan tu. Antara chat, social ataupun video.

Untuk chat aku guna 1 je, yakni whatsapp. 

Untuk social aku guna lebih ig berjam-jam ok!. Twitter kalau bosan & fb jarang.

Untuk video youtube je la.

Jadi aku pilih social. Yeay!

Basically kalau korang pilih chat, whatsapp video call tidak termasuk unlimited ye! Kena tolak dari langganan internet.

Hotlink RED ni free internet untuk FB sebanyak 10Gb! Jadi aku ambik plan social tu rasa mcm ada redundancy di situ. Hmmm.




Aku try ambik plan 6Gb untuk RM35. Iaitu:
  • RM1.16 sehari ataupun 
  • RM5.83 per Gb!
Tapi xboleh la kira per Gb sebab social aku dikira  unlimited (1TB)!


Ok kita tengok 6Gb tu cukup ke tak!

2 Sept 2019 10:44am via BlogTouch


Monday, July 1, 2019

Hotlink Rewards Free Phone





Ok, aku baru je tengok promo dalam Hotlink RED app ni. 



Percuma telefon setiap hari? Ye, kene tebus sebanyak 5 points untuk join.

Makna kata, korang kena ada points la untuk dptkan penyertaan ni. Tips: tebus tiap2 hari kat Ganjaran tab. Minimum confirm dpt 5points + free bonus points (1 atau 2 points).




Tempoh promo dari 1-31 Julai 2019. Mebi korang pemenang henfon Samsung S10+ atau Samsung A30 atau Samsung A10?

Jom tgk lebih detials syarat-syarat nye.




Kod baucer? Xde! Korang tebus automatik dah join ok!





Via BlogTouch, 2 Julai 2019, 10:00 am



Tuesday, January 16, 2018

HotlinkRed App





Hai semua.

Untuk pengetahuan semua, aku memang pengguna hotlink/maxis.

Dah lama, sejak zaman dulu kala lagi. Disebabkan keluarga semuanya guna hotlink. (Bukan sekarang... ada yang guna Digi, Celcom, Umobile).

Panjang citernye. Dulu pun aku ada beli iphone 4 dari maxis klcc. Tapi iphone 7 red edition aku beli dari Lazada je. Ha!

Huishhh. Dah. Mari tengok HotlinkRED ni apa ye?


Haaa, ni la app HotlinkRED. (iOS)


Red kan? Merah betul. Paparan ni keluar sebaik sahaja kau click app tu.




Haaa. Inilah paparan HotlinkRED. Banyak betul iklan.

Iklan FB 999GB lah, dan lain-lain.  Balance dan Internet ni lah kita kene tengok sebenarnya.

Of course, balance adalah baki. Sekarang ni baki aku ada RM34.61 yang akan tamat pada 19 Feb 2018.

Bahagian internet ni dia lump sum semua sekali, termasuklah FB punya GB tu. Nampak macam baki lagi 1 TB kan? Jangan tertipu. Meh tengok.


Ha! Pastikan anda beli plan-plan ni baru boleh dapat 999GB FB tu.



Ni adalah pecahan baki GB internet sebenarnya.

Aku beli 5GB internet sebulan untuk 30 hari. Baki ada lagi 2.81GB je. Bukan lebih 1TB tu. (1000GB)



Nak beli internet, boleh tekan Shop. Haaa pilih la mana-mana satu pilihan mengikut kesesuaian.



Ni pulak bahaguan Reward yang mana akan dapat lebih GB kalau kita top up. Ini salah satu senab aku guna hotlink daripada maxis postpaid. Nampak tak? 
More bonuses!!!!! Tanpa GST (setakat ni) Hehe.

Lagi 25 points untuk dapat reward seterusnya 

(point berdasarkan RM. kalau beli internet berjumlah RM3, dapatlah 3 point. Faham x?).

Aku ada 35 point sebab aku beli data 5GB sebulan untuk RM35. Haaaa. Clear kan?



Last sekali, Settings.

Bahagian settings ni kau boleh tengok macam-macam pasal profil yang kau sedang langgani.


Promo hotlink ni berubah-ubah mengikut waktu. Jadi xtentu lagi promosi FB tu ada lagi 2-3 bulan lagi.

Seingat aku sebelum ni ada promo youtube.

Oklah itu je kisah tentang HotlinkRED app ni.



4:13 p.m. 16 Jan 2018. BlogTouchPro


Monday, January 17, 2011

hot ticket dah tak hot lagi? Argghh!





Beberapa hari lepas, saya ada beli hot ticket (hotlink) utk top up ke dalam account saya.

Mintak hot ticket, tetiba dapat hot ticket yg baru.

PENTING: Review ini hanyalah utk Hot Ticket yg dibeli dengan harga RM15
.
Belom lagi beli yg harga lain. sorry ye. hehe.


Kali ni, tak de hot ticket yg free pizza. tapi dapat percuma hot ticket internet bernilai RM6.

PERCUMA: (dah tak de lagi free pizza ye):

1. Hot Tiket Pass 1 Jam (60 minit)yang berkuota 100MB sahaja.
2. Hot Tiket Pass 1 Hari (24 Jam)yang berkuota 250MB sahaja.

tapi, kali ni, hot ticket hanya beri 40 minit waktu berbual (Arghh! nak calling2 skit je) compared yg dulu dapat 120 minit.

untuk yang sukakan sms inilah masanya : 1000 sms ke smua telco!
compared yg dulu hanya dapat 300 sms.

I think hot ticket dah tak hot lagi.. sebab dah tak de free pizza or kfc lagi.. hmm..

Jom kita lihat mcm mana rupanya hot ticket yg baru itu:

P/S: nak tgk posting hot ticket yang lama? Check this out: Hot Ticket Promotion








Monday, December 13, 2010

Hot Ticket vs Hotlink Youth Club





Sebenarnya saya tak la tahu sgt pasal Hot Ticket nih. Kenapa perlu beli Hot Ticket kalau saya sekarang menggunakan Hotlink Youth Plan? Murah pun murah, Hot Ticket tu buat ape je, betol?

Tapi, sejak Hot Ticket yg diperkenalkan oleh Hotlink yg dapat free 2ketul ayam KFC tu (musim raya aidilfitri 2010), saya pun tetiba nak beli. Sebenarnya Hot Ticket dah pun diperkenalkan sebelum itu utk World Cup 2010 tapi, tanpa free apa2.

Secara keseluruhannya Hot Ticket sgt berbaloi, (skrg free personal pizza hut, just add RM1). Lebih-lebih lagi pada siapa yang tak guna Youth Club, sebab umur dah lebih 25 tahun.
Jom kita lihat perbezaan antara Hot Ticket dengan Hotlink Youth Club(HYC).
Hot Ticket kene beli dari kedai-kedai topup, tak boleh melalui e-pay, internet dan lain-lain. Saya cuba semak melalui cimbclicks, tapi tak de.

So, pada sapa yang nak berjimat dan ingin makan Pizza Hut (personal pizza), boleh la gunakan hot ticket. berbaloi-baloi.


P/S: update - tgk hot ticket baru : hot ticket dah tak hot....




Wednesday, December 8, 2010

Bought an iphone4 at KLCC





Setelah sebulan beli iphone4 barulah entry ni nak di post dalam blog nih.
Kenapa? Sebab time skrg baru ada mood.

I bought an iphone4 at KLCC, selepas 3x attempts to buy this cool gadget.



Ceritanya bermula mcm nih..
Saya telahpun call customer service 1300-820-120 dan byk kredit telah ditolak semata-mata untuk tahu pasal Hotlink plan untuk iphone4 nih.

Saya mmg tak suke bil-bil nih, plus, dgn youth club, more rewards and promotions you can get with lesser price. eg: hot ticket (nnti saya ceritakan)

Lepas call byk kali and dah confirm bahawa iphone4 boleh dibeli without contract, saya pun pergilah dengan kawan-kawan n pergi sendiri untuk mendapatkan iphone4 nih.

1. Sunway Pyramid,31 oktober 2010- Promoter sgt sengal, tak tau ada hotlink plan. and very frustrated diorg ckp plan hotlink 500mb (free) mmg tak boleh, padahal ada je postpaid utk gune 250mb. Paling sengal, when I talked to them that customer service says iphone4 can be purchased with hotlink plan, they asked me to call back the customer service. Very wired n rude! kenapa diorg tak call sendiri?

After i call the customer service, the promoter passed the call to their consultant. Then the consultant tu ckp tak boleh register sbb sistem tak boleh register. (Sgt pelik Maxis Centre Sunway Pyramid tak boleh buat). Then the customer service call klcc and mid valley, diorg boleh buat pulak?

Macam-macam alasan diorg bagi n saya sgt fedup dgn promoter kat sunway pyramid tu. pulang agak hampa.


2. Klcc, 6 november 2010 - lepas search kat website, tgk operation hours adalah 10.30am. so, i walked to klcc punye maxis centre utk purchase iphone4. kat sini pun promoter tak tahu bahawa iphone4 tu boleh gune hotlink plan!. Giler sengal! siap ckp: saya tak dapat email pun yg iphone4 boleh gune dgn hotlink. yg saya tahu 3gs sahaja.


then i replied bhw kat gardens time launch ada sebut pasal hotlink package and customer service ada sebut. (again, they asked me to call the customer service, tapi saya tak call, suruh mereka call sendiri - selepas habis kredit kat sunway pyramid aritu). Saya tambah lagi bahawa kat twitter pun ada tulis and i just read yesterday.


Tetiba dia ckp dengan sapa ntah, kat counter n returned back ckp: owh, minggu lepas baru available. (alasan menipu, hahahahha nak tipu lagi?). maxis centre klcc beritahu bahawa hanya 50unit iphone4 setiap hari sahaja dijual. pelik giler!


Lepas tu dia ckp skrg dah pkl 11, mmg tak de, abang datang esok before 8.30 am. oke?
ingat maxis centre bukak pukul 10.30 am.. rupanya kat klcc bukak pukul 8.30 am setiap hari!


3. Klcc, 7 november 2010 - sampai je kat klcc around 8am, ramai giler org dah beratur. dapat nombor 41, (maxis centre belum bukak lagi) tak tau la siapa dapat no1 tu beratur dari pukul berapa. then, promoter tu ckp iphone4 tinggal 16gb je. and I choose hotlink plan tanpa pilihan iphone4 32gb. dalam pkl 12.30tengahari dapatlah saya pegang iphone4 yg dinanti-nantikan.


lihatlah pengalaman saya di maxis centre klcc 7 november 2010 lalu:

1. Ramai giler org beratur nak beli iphone4. Belom pkl 8.30am sebelum maxis centre klcc ni bukak. yg kat depan-depan tu ada lagi.
2. Menjadi org yg ke 41 yg berbaris untuk mendapatkan iphone4. Promoter iphone4 ni cakap each day hanya 50 units iphone4 sahaja akan dijual. (differ from what i get from the customer service - 100units at each maxis centre)

3. lepas dah fotostat ic etc, diorg suh gi jalan-jalan dulu and they will call me back to get the iphone4. Pkl 12.09pm - dapat nombor nih. tunggu lagi 4 org before dipanggil.


4. Around 12.30pm dapatlah iphone4 ditanganku. Best giler. Time ni kat escalator nak gi machines.

5. Terus serbu ke machines klcc utk carik bumper since ada antenna issue. tapi bumper dah abis, so saya pun belilah cover untuk menyelesaikan masalah antenna itu. janji tempat antenna tu dah dicover, problem settle. Kat sini, tak de jual pun iphone4, tapi ipad boleh didapati di sini.
6. Lepas balik rumah, terus check secara details dan ambil beberapa picture lagi. Iphone4 tersedia dgn service card.

Amacam? Anda bila lagi?











Check balance for iphone free data plan





Kat sini saya nak tunjukkan macam mana untuk check balance free data plan (500mb) yg saya gunakan.


iphone 3gs/ iphone4 yang dibeli melalui plan hotlink (tanpa kontrak dengan maxis) akan dapat 500mb free data plan selama setahun. Plan 500mb ini bersamaan dengan rm68 jika anda langgan melalui plan hotlink.

free = 500mb sebulan x 12 bulan.
bersamaan rm68x12= rm816!

1. first skali pegi *100#


2.Easy Menu akan muncul. Kemudian anda perlu reply 7 (Internet and Settings). Balance main account pun ada. Kredit saya pada waktu ini berjumlah rm3.43. Kene top up nih.


3. Dalam Internet and Settings, pergi ke 1 (Mobile Internet)

4. Dalam Mobile Internet, reply 8 (Check Status)

5.Done!. Keluarlah result, kat sini saya baru gunakan 0.48mb daripada 500mb yg diberi. Kerana data plan baru saja di-renew semalam.