Wednesday, May 30, 2018

Tukang Kasut Sungai Petani





Kedai membaiki Kasut milik Shaikh Ahmad dan anak-anak ni berada kat kawasan Ambangan Height, Sungai Petani.



Boleh call atau whatsapp nombor yang ada tu.

Kalau nak waze atau google, boleh taip alamat ni.

Jalan Melor 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Kedai nya sederet dengan Customer Service Ambangan Height yang dah pun ditutup.

Ok, meh jenguk



Biasa tukang kasut kat tepi2 kedai, ini siap ada kedai okey!

Gambar ni diambil 19 Mei 2018. Wife aku dah perasan lama, tapi baru pegi hari ini. Harap2 lah bisnes ni maju sampai bila-bila. 



Macam-macam jenis kasut ada dibaiki. Kadang-kadang ada yang sampai sebulan, kata pekedai ni.

So, penduduk Sg Petani yang nak gam, jahit, letak tapak baru untuk kasut boleh lah datang ke kedai ni ye.

Mur-mur je. (Murah2) hehe. Btw, wife hantar kasut utk jahit tali yang dah putus & tambah getah tapak kasut kena charge RM5 je.

31 Mei 2018 8:57am BlogTouchPro

Wednesday, April 18, 2018

Halogen bulb - Kitchen Hood Lamp





Pening jugak kalau lampu terbakar. Just nak bgtau kalau korang guna dapur yang ada skali lampu, cenggini:


Hood dapur yang tempat sedut asap masakan, ada lampu. Tapi lampu tu terbakar pulak dah. Camne? 




Beli kat kedai, halogen bulb ni harganya RM5.00 shj. Yang kat luar tu mentol yang dah terbakar.



Pekedai tu ada pesan, pegang bulb dgn plastik dia skali. Sbb mentol tu sensitif dengan air. Cuba tengok kat kotak, ada pesan.



Nak pasang pun satu hal. Ada 2 pin yang halus je tu. Ni guna micro zoom ok. Kalau x, memang xjelas utk korang tengok. (Aku snap pic ni guna apps: camera+)


Kene hati2. Dah la tak nampak. Pegang macam ni ok? Pastu kau tekan je sampai masuk. Xada positif atau negatif, main jolok je. Haha.



Tada! Siap.

18 April 2018 4:35 pm BlogTouchPro 


Thursday, March 29, 2018

Hos Kabel Gas Rumah - LPG Hose Set





Ha, taktau la apa korang panggil ni apa.

Hahaha. in English, its LPG Hose Set.

Jenama Milux, kepala hos yang aku guna sejak 2011. Lama giler (7 tahun la kiranya)


Sebenarnya wife aku dok komplen sebab ada bau gas yang sangat kuat kat bawah dapur, tempat tong gas tu.  Oleh sebab wife aku ni dalam bidang keselamatan, haruslah benda ni berbahaya.

Memang tak penah tukar. Mungkin bocor. Maka, aku pun pegilah tesco untuk survey, sudahnya ke Mr. DIY beli jenama Hokah.

Jenama HOKAH, ni nampak meyakinkan.

Ok, ni Safety tips.

Harga dalam RM29.00.  Satu set sekali dengan paip hos dengan kepala.  Untuk keselamatan, SIRIM sarankan kita kena check dan tukar selepas 2-2.5 tahun penggunaan. 

Setelah tukar. Siap tanda tarikh tu. Untuk rujukan masa hadapan.

Korang rasa-rasanya dah tukar ke belom? Dah berapa tahun guna hos gas tu?

29 March 2018, 11:45 p.m. Blogspot web.