Monday, August 8, 2011

Courts Penipu or Marketing Strategy





Semalam 7 Ogos 2011 sempat gi Courts. Well dah nak raya, rumah pun nak perabot & kelengkapan2 lain. Lagi pun murah.. sebab ape?



Courts MEGA RAYA!!!! Yehooo! Seronok shamsul ghau-ghau.

Kalo bukak kat belakang, korg boleh nampak ni pulak..



Hamek kau!

RM2999 utk lcd tv 42", fridge, mesin basuh fully auto, sofa, tilam queen & dining table. Xberagak! murahnyewwww!

Aku pon dengan gigih lepas bukak puasa pegilah dengan kawan aku ke courts. Dah beriaya2 ni!!!

Dah sampai Courts, aku pegilah cari service counter utk tanya. Tanya je. Xnak beli dulu. (padahal nak suruh je diorg hantar malam tu jgk).

Aku pun tanya boleh bayar cash x? "Xboleh" jurujual tu ckp. "Ini untuk installment 60bulan (5tahun). Monthly dlm rm130++ selama 5 tahun."

Ok, lepas buat installment 1tahun, sy nak byr lump sum smua boleh? "x, mmg xboleh" "itu untuk promotion lain2 barg di dlm catalog. Kalo ada max protection 60/48 bulan, kene ikot la byrn bulanan tu."

Hmm, kalo mcm tu, berapa harga yg saya kene bayar dlm tempoh 5tahub tu.. "Bayar lebih berapa ratus je.." juru jual tu ckp.

Aku kira2 dlm hati... Hmm RM2999 + RM500 (hidden charge la ni).. Itu pun kira oke la... Kalo cmpur2 brg2 tu lebih dari 3.5k je.

Hmmmm, brapa tu? "dalam RM10,000 lebih" jawab salesman. terkejot BESAR aku. Tapi mantain cool je.

Rupanya harga sebelum offer = RM9374 (+) beberapa ratus!

Eh, Yeke? Yang RM2999 ni ape pulak? "owh itu harga yang belum masuk interest" salesman tu tmbah lagi.. "kalau beli kereta, kita xtgk harga fully kereta lepas interest, kita just nak tau monthly payment je kan?"

Aku pun jawab la balik: Eh xlah. Saya mmg tahu berapa harga kereta yg saya bayar untuk keseluruhan kereta termasuk interest.

Dia kami ni ibarat macam aku n kawan aku bodoh je..

Hmm, macam mana? Aku tanya kawan aku yg dari awal smpai ke sudah membisu tu.

Dia angkat bahu. Ok! Aku xtau nak ckp ape.

Jurujual tu sambung.. "sebenarnya harga ni untuk menarik pelanggan datang ke Courts dan tanya pada jurujual. bukannya xada customer beli, tapi pakej ni paling laris" salesman explained

Dia tmbh lagi "harga RM2999 ni BELOM masuk interest, & interest tu MONTHLY BASIS, bukan macam kereta, YEARLY"

Dia tmbah lagi "Kami mmg menggalakkan pelanggan mengambil secara hutang. Kalau encik nak beli, boleh beli cash mengikut harga dlm catalog, bukan dengan pakej ni"

Ok. Sambil kira dengan laju agak2 dlm 8-9k. Mana nak cekau RM8k-RM9k? Giler x? Aku pun berlalu pergi dan ckap, xpela, kami mmg nak tanya je sbb confius dengan harga yg tertera tu. Terima kasih..

Salesman terus jwb "xpa, terima kasih, datang lagi"

Hek Kau! PENIPU PUNYA COURTS!! Aku xmoh datang dah.!! Dalam hati aku yg terbakor. Dah la beriya-iya. Baru je nak penuhkan rumah dgn kelengkapan rumah tu smua.

Hmmm.. Naseb badan. Lepas kami berlalu pergi, panas hati xreda & teros gi bazar jual baju raya..

Pada hemat aku, tu marketing strategy & courts berjaya menarik pelanggan utk bertanya ttg promosi diorg. (selamat aku tanya, kalo dah beli... Pastu menyesal bayar lebih beribu2) : hutang Monthly basis giler kan?

So, apa kata korang smua?


- Posted using BlogPress from my iPhone