Monday, August 8, 2011

Courts Penipu or Marketing Strategy





Semalam 7 Ogos 2011 sempat gi Courts. Well dah nak raya, rumah pun nak perabot & kelengkapan2 lain. Lagi pun murah.. sebab ape?



Courts MEGA RAYA!!!! Yehooo! Seronok shamsul ghau-ghau.

Kalo bukak kat belakang, korg boleh nampak ni pulak..



Hamek kau!

RM2999 utk lcd tv 42", fridge, mesin basuh fully auto, sofa, tilam queen & dining table. Xberagak! murahnyewwww!

Aku pon dengan gigih lepas bukak puasa pegilah dengan kawan aku ke courts. Dah beriaya2 ni!!!

Dah sampai Courts, aku pegilah cari service counter utk tanya. Tanya je. Xnak beli dulu. (padahal nak suruh je diorg hantar malam tu jgk).

Aku pun tanya boleh bayar cash x? "Xboleh" jurujual tu ckp. "Ini untuk installment 60bulan (5tahun). Monthly dlm rm130++ selama 5 tahun."

Ok, lepas buat installment 1tahun, sy nak byr lump sum smua boleh? "x, mmg xboleh" "itu untuk promotion lain2 barg di dlm catalog. Kalo ada max protection 60/48 bulan, kene ikot la byrn bulanan tu."

Hmm, kalo mcm tu, berapa harga yg saya kene bayar dlm tempoh 5tahub tu.. "Bayar lebih berapa ratus je.." juru jual tu ckp.

Aku kira2 dlm hati... Hmm RM2999 + RM500 (hidden charge la ni).. Itu pun kira oke la... Kalo cmpur2 brg2 tu lebih dari 3.5k je.

Hmmmm, brapa tu? "dalam RM10,000 lebih" jawab salesman. terkejot BESAR aku. Tapi mantain cool je.

Rupanya harga sebelum offer = RM9374 (+) beberapa ratus!

Eh, Yeke? Yang RM2999 ni ape pulak? "owh itu harga yang belum masuk interest" salesman tu tmbah lagi.. "kalau beli kereta, kita xtgk harga fully kereta lepas interest, kita just nak tau monthly payment je kan?"

Aku pun jawab la balik: Eh xlah. Saya mmg tahu berapa harga kereta yg saya bayar untuk keseluruhan kereta termasuk interest.

Dia kami ni ibarat macam aku n kawan aku bodoh je..

Hmm, macam mana? Aku tanya kawan aku yg dari awal smpai ke sudah membisu tu.

Dia angkat bahu. Ok! Aku xtau nak ckp ape.

Jurujual tu sambung.. "sebenarnya harga ni untuk menarik pelanggan datang ke Courts dan tanya pada jurujual. bukannya xada customer beli, tapi pakej ni paling laris" salesman explained

Dia tmbh lagi "harga RM2999 ni BELOM masuk interest, & interest tu MONTHLY BASIS, bukan macam kereta, YEARLY"

Dia tmbah lagi "Kami mmg menggalakkan pelanggan mengambil secara hutang. Kalau encik nak beli, boleh beli cash mengikut harga dlm catalog, bukan dengan pakej ni"

Ok. Sambil kira dengan laju agak2 dlm 8-9k. Mana nak cekau RM8k-RM9k? Giler x? Aku pun berlalu pergi dan ckap, xpela, kami mmg nak tanya je sbb confius dengan harga yg tertera tu. Terima kasih..

Salesman terus jwb "xpa, terima kasih, datang lagi"

Hek Kau! PENIPU PUNYA COURTS!! Aku xmoh datang dah.!! Dalam hati aku yg terbakor. Dah la beriya-iya. Baru je nak penuhkan rumah dgn kelengkapan rumah tu smua.

Hmmm.. Naseb badan. Lepas kami berlalu pergi, panas hati xreda & teros gi bazar jual baju raya..

Pada hemat aku, tu marketing strategy & courts berjaya menarik pelanggan utk bertanya ttg promosi diorg. (selamat aku tanya, kalo dah beli... Pastu menyesal bayar lebih beribu2) : hutang Monthly basis giler kan?

So, apa kata korang smua?


- Posted using BlogPress from my iPhone



16 comments:

  1. Akak pun dah terkena wak..hari tue kaki ni gatal na langkah masuk..then mata plak terpandang kat iPad 2 yang dijual..mulut pun apa lagi tanya lah..then dia cakap owh after plus with few things harga adalah RM **** ..hurm sabor jek lah..

    ReplyDelete
  2. Itulah courts dpt untung dgn interest org. Bayangkan kalo 2%. setahun dah 24%. kalo 5 tahun? 120%! itu kalo 2% je... Ok.

    ReplyDelete
  3. Courts...full of lies!

    ReplyDelete
  4. org terengganu ckp court mammoth ni 'kekoh mamoh' (gigit smp hancur in bm)...

    ReplyDelete
  5. aku tak salahkan courts. apa-apa yg bayar installment, mesti ada interest. sebelum beli tanya interest berapa dan berapa bulan kena bayar.. dlm kes nie courts tak salah. yg salah faham adalah penulis. tak cek betul2 dan tak kira betul2 dan tak tanya betul2 sebelum buat pembelian.

    bayar je lah secara bulanan. yang bagusnya courts nie adalah bayaran bulanan tidak akan rekod dalam bank negara melaysia (ccris). oleh itu, nak apply loan dgn bank, bank takleh nak cek rekod jika ada installment. tetapi kalo dengan aeon credit mmg ada link dgn ccris. so bank tahu jika kita ada buat installment dgn pihak aeon credit...

    yg penting, jgn diblacklist oleh courts. wasalammm

    ReplyDelete
  6. Tq for yr comments Nurul Azman Blog. Penulis xbeli pun. Dia hanya survey. Lgpun tajuk posting ni adalah satu soalan; Courts menipu ataupun strategi pemasaran.

    Tp berdasarkan "pay what you see", harga yg dipaparkan amat mengelirukan pembeli.

    Masakan AirAsia di Australia kena saman sebab harga yg dipaparkan tidak termasuk lain2 kos yg mengelirukan pengguna dan perlu bayar lebih dari harga yg dipaparkan. Mungkin di Malaysia cara ini masih tidak dipandang serius terutamanya dari segi pengiklanan macam ini.

    Apa-apapun, terpulang pada kita nak beli secara tunai atau hutang untuk barang2 perabot di rumah.Chill!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup stuju ngan ko bro. Aku rasa nurul ni keje kat situ, so takkan nak kondem compeni sendiri ye tak? try google tengok isu pasal CM nih?

      isu nya mmg lah org tak bayar, tp sbb apa? diaorg rasa tertipu dengan after sales service dan macam2 lagi. Tak boleh terus terang ke pada customer mcm tuan tanah cite, perumpamaan mudah, mcm beli kereta. ini tak. promosi bagai nak rak 50% lah, 60% lah, tp bukan itu sebenarnya tawaran yang diberikan. Jangan lah saje2 nak suruh orang datang CM dan check out apa benda yg ada dlm tu dengan cara menipu. Orang akan datang (dan datang lagi) kalu buat business secara jujur. Kami pun amik barang lain hutang juga, tp cara CM suruh org berhutang tu, boleh musnahkan hidup diaorg? Pikir lah. Jgn dok kejar komisyen lumayan lepas dapat kelentong customer yg tak tahu ape2 pasal TnC tu.. tak dinafikan kadang2 saya sediri teruja tengok promosi CM yg saban hari menjengah peti surat, tp biarlah promote RM500, mmg jadi RM500, jgn jadi berkali ganda dari tu.

      Ape pun, on the other hand, baca @ tanya habis2 sebelum beli apa-apa kat CM. tu yg penting. Jgn sign ape2 selagi tak puas hati.

      dan saya pernah terkena. lama dulu beli barang 10 tahun lepas. still diaorg kenakan org, tp dengan cara lain pula..

      Delete
    2. Betol tu @chera miche, kita patut tahu hak sebagai pembeli & jgn sign apa2 selagi xpuas hati. Saya amat berharap kerajaan akan buat undang2 tentang iklan & harga paparan berdasarkan pay what you see. Masukkan je semua interest / tax, jumlah yg tertera adalah yg sama kita bayar. Contoh paling senang mcm mcD, kfc , pizza hut, etc2, yg xpaparkan service charge & gov.tax. At last kene byr lebih lagi...

      Delete
  7. masyaallah...sy pun dah tertipu dgn court..mmg sy bengang sampai gaduh suami isteri....baru ni pergi court mammoth giant shah alam...nk beli mesin basuh paling murah pun hg Rm550...dua tiga kali sy tnya salesmen melayu tu kalau bayar cash sama jer ker..dia kata sama..sy konpius..cuba la dia bg penerangan betul2 kalau dah sesama melayu sesam islam....hish balik2 tgk aggrement kene bayar 2 ribu lebih..kalau sy tahu baik sy byar cash jer..kalau tkder duit kumpul sebulan 200 bukan tk boleh..tp sy dh ttnya salesmen lelaki melayu tu dia jawab secara tk jujur..sampai hati sy bukanlah org senang..tengah merangkak2 nk settle hutang yg ada..ini bertambah lg beban hutang yg mmg sy dah nk elakkan...tp kene tipu dgn court yahudi dgn tawran flexi credit apa kebenda nya..flexi credit konon..

    ReplyDelete
  8. kalau tgk harga brg kat courts, nape harga tak sama? flexi credits harga lebih murah dr biasa ngan harga tunai. flexi credits ni apa dia sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. flexi credit ni klau ak igt btul2, officer kat Courts tu ckp, utk jaga bajet kot.. Yg ak pasti, ade 14 pelan utk pembeli kat courts. Pelan2 tu beza utk pembeli2 yg beza la.. So flexi credit ni dpt bg pembeli utk control bajet.. Hmm klau nk btul2 pasti, pg laman web courts! http://www.courts.com.my

      Delete
  9. wat kad kredit lg senang. kat mana2 boleh guna. pe barang beli barang kat courts.

    ReplyDelete
  10. pe brg wei bli kat courts. dh 2015. ada lg ke bli brg kat courts. org bli on9 la skang ni.

    ReplyDelete
  11. kad kredit bank interest ngan plan x sama. ikot bank

    ReplyDelete
  12. nk try la flexi credits ni. nk tgk mcm mana. tgk cambest je ni. kna try g courts ni tanya.

    ReplyDelete