Ha, taktau la apa korang panggil ni apa.
Hahaha. in English, its LPG Hose Set.
Jenama Milux, kepala hos yang aku guna sejak 2011. Lama giler (7 tahun la kiranya)
Sebenarnya wife aku dok komplen sebab ada bau gas yang sangat kuat kat bawah dapur, tempat tong gas tu. Oleh sebab wife aku ni dalam bidang keselamatan, haruslah benda ni berbahaya.
Memang tak penah tukar. Mungkin bocor. Maka, aku pun pegilah tesco untuk survey, sudahnya ke Mr. DIY beli jenama Hokah.
Jenama HOKAH, ni nampak meyakinkan.
Ok, ni Safety tips.
Harga dalam RM29.00. Satu set sekali dengan paip hos dengan kepala. Untuk keselamatan, SIRIM sarankan kita kena check dan tukar selepas 2-2.5 tahun penggunaan.
Setelah tukar. Siap tanda tarikh tu. Untuk rujukan masa hadapan.
Korang rasa-rasanya dah tukar ke belom? Dah berapa tahun guna hos gas tu?
29 March 2018, 11:45 p.m. Blogspot web.