Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Thursday, March 29, 2018

Hos Kabel Gas Rumah - LPG Hose Set





Ha, taktau la apa korang panggil ni apa.

Hahaha. in English, its LPG Hose Set.

Jenama Milux, kepala hos yang aku guna sejak 2011. Lama giler (7 tahun la kiranya)


Sebenarnya wife aku dok komplen sebab ada bau gas yang sangat kuat kat bawah dapur, tempat tong gas tu.  Oleh sebab wife aku ni dalam bidang keselamatan, haruslah benda ni berbahaya.

Memang tak penah tukar. Mungkin bocor. Maka, aku pun pegilah tesco untuk survey, sudahnya ke Mr. DIY beli jenama Hokah.

Jenama HOKAH, ni nampak meyakinkan.

Ok, ni Safety tips.

Harga dalam RM29.00.  Satu set sekali dengan paip hos dengan kepala.  Untuk keselamatan, SIRIM sarankan kita kena check dan tukar selepas 2-2.5 tahun penggunaan. 

Setelah tukar. Siap tanda tarikh tu. Untuk rujukan masa hadapan.

Korang rasa-rasanya dah tukar ke belom? Dah berapa tahun guna hos gas tu?

29 March 2018, 11:45 p.m. Blogspot web.





Monday, January 22, 2018

Harga Gas Rumah





Kebetulan hari ni gas rumah dah abis dan spare pun dah abis jugak. 


Macam ni lah rupa tong gas ye kawan-kawan. Kot2 la korang guna induction kitchen, tekan suiz letrik, terus boleh masak. 

Tong gas Petron Gasul 12kg & 14kg nampak berkilat-kilat lagi. Dari website : https://www.petron.com.my/web/site/lpg



Ha, yang ni realiti ok. Untuk 2 tong refill, aku kena bayar RM52. Kira satu tong RM26. 

Seingat aku tahun lepas bayar RM50 je untuk dua tong. Mebi harga dah naik la kot.


Lepas google, aku dapat ni, tapi dari petronas website.


Patutnya secara standard harga memang kena macam ni. Kira beli petrol kat Malaysia, semua harga sama xkira brand. Ok la tu. Harga standard.

Untuk tong, aku xpulak beli yang baru. Seingat aku tahun 2010 dulu beli tong gas skali gas dalam tu RM70 untuk 12kg. Sekarang xtau la.

Dah beli gas, apa lagi, dapur kena berasap ok?

4:30 p.m. 22 Jan 2018. BlogTouchPro.