Friday, May 31, 2019

Kelapa Lemon sempena berbuka 2019





Pada mulanya aku nampak Rizalman buat air sirap selasih letak air kelapa.

Maka, aku pun belilah air kelapa yang dalam kotak ni seperti yang aku lihat dalam instastory beliau.

Tapi, sampai ke sudah xbuat sebab tak beli selasih. 

Maka, tersimpanlah air kelapa tu dalam peti sejuk.

Beberapa hari lepas kawan aku cerita betapa sedapnya air kelapa lemon sempena juadah berbuka yang dibeli kat Bazar Ramadhan.

Aku pun cubalah keesokkannya.




Sedap ke tak??? Jawapnya TIDAKKK!!
sebab air kelapa dalam kotak tu xsedap.
Aku teguk sikit je pun rasa macam basi. Lepas goncang2, ok la sikit. Tapi masih xsedap.

So, silalah beli kelapa asli ye. 

Selamat berpuasa & beribadah. Sedihnya Ramadhan dah nak sampai ke penghujung... semoga sempat bertemu Ramadhan akan datang.

Btw, dah nak raya. Aku nak mohon ampun maaf kepada semua pembaca.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


31 Mei 2019, 10:03 pm via BlogTouch

No comments:

Post a Comment