Kisah review tisu ni sangat penting bagi aku sebab aku selalu bersin!
🤧acchuummm!!
Jom kita tengok jenis-jenis tisu.
Dulu aku guna Premier, tapi dah tak beli sebabkan kotak tisu aku memerlukan tisu dari tengah-tengah kotak. Korang kalau perasan, tisu Premier senget skit ruang tisu tu.
sumber : Google - amazon.in
Kotak tisu aku pulak nak tengah-tengah pulak tu... Acane? Tersangkut-sangkut pastu terkoyak tisu..
Nak dijadikan citer aku ni asik bersin je. aku perlukan 3ply tissue ataupun 3 lapisan tisu. kuat sikit kan! Pegi tesco, carik lah tisu.. aku pikir royal gold & kleenex je. Tapi, ada promoter promote vinda. Not in my list. Dia kata very strong and high quality.
Aku pon beli sebab ada promo & give it a try la jgk. Lagipun nak letak Vinda dalam kereta je (tempat duduk belakang). Sebelum ni, kotak tisu aku dalam kereta abis kemek, kena duduk.
So, beli vinda ni dalam plastik cover, tak kemek lah. Yeay! Dasar bontot tak de insurans!!! Hahaha.
Xpe, jom kita tengok ketiga-tiga jenis ni.
Nampak tak beza dia? Royal Gold kotak lagi besar berbanding Kleenex. Of course, Vinda paling kecik!
Semua 3 ply, tapi!!!
Vinda - 120 sheets originally from China.
Royal Gold - 120 sheets dari Nibong Tebal Paper Mill, Penang - sama mcm Premier
Kleenex - 110 sheets. buatan Kimberly-Clark, Johor
Sebelum tu, korang boleh lah tengok betapa besar tisu ni ikot kotak, patut Royal Gold. Tapi sebab Kleenex hanya ada 110 sheets, dia lebih besar.
Paling kecik Vinda, Royal Gold ni besar sikit je dari Vinda. Walaupun kotak paling besar! Korang gerak kotak tu, mmg ada ruang kosong. Dasar nak untong besar!!! hahhaa. Btw, kotak Kleenex pun sama. Dasar. Vinda je nampak compact. Padan dengan saiz.
Vinda vs Kleenex
Royal Gold vs Kleenex
Vinda vs Royal Gold
Jom tengok satu-satu.
Kleenex ni paling lembut di muka. Dan paling cepat bocor lepas bersin!
Royal Gold ok! agak tebal tapi agak kasar berbanding Kleenex.
Vinda pemenang bersin kali ni. Tebal dan tak sekasar Royal Gold tapi taklah selembut Kleenex.
Jadi, aku tak bias, walaupun dari China, Vinda pemenang. Memang imported quality lah! Betul kata promoter tu, very strong! Siap ada Shelf life 3 years from mfg date lagi. Kira tahun 2022 baru expired! haha..
Btw, Kleenex memang lembut di muka, that is why dia cepat bocor & paling penting Dermatology Tested.
Nak rasa Royalty, pilih Royal Gold? Nope! Just regular tisu 3 ply. Mungkin brand je kot. Kalau ada promo, grab je lah tisu ni kan!
ok itu sahaja review Acchumm!!! 🤧 kali ni.
via web 6:40pm 5 August 2019.
very helpful
ReplyDeleteVery helpful. Tq so much
ReplyDelete