Tuesday, October 22, 2019

Tukar Coil Aircond Proton





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Banyak benda yang aku nak share pasal kereta yang aku dah repair. Tapi tak terbuat macam pengalaman repair windscreen Dr. Cermin, tukar engine oil tank, compressor retak dan macam-macam lagi lah.

Kena tukar compressor. Dah retak

Kalini aku bagi sempat jugak sebab aku dah habis dekat seribu untuk aircond. Ni rawatan kali ke 3 untuk aircond sebab kedai ni check satu persatu, kemungkinan coil aircond aku bocor, tapi takot bukak terus, tak bocor, dah rugi.


1st aku pegi dah kena RM120 aku ingat sebab compressor tu, dah merecik abis satu enjin. jadi bersihkan filter & isi gas.


kali ke 2 pegi kena RM80 isi gas lagi & tukar getah. mebi longgar kat getah antara enjin & dalam kereta.

Kedai aircond kereta yang aku pegi kat sini:

YSC Star Auto, No 56, Jalan Teratai 1, Amanjaya, Sungai Petani. Kedai ni corner lot, landmarknye kat Sebelah Sekolah Vokasional Sungai Petani, Tol Sungai Petani Utara.

Aku hantar pada 21 Oktober 2019, dalam pkl 12 tghari, siap dalam pukul 7:30 malam. Bagus workshop ni siap snapkan picture bagi bukti.

Dashboard Proton Saga FL aku kena robek untuk tukar Coil Aircond yang terletak kat bawah dashboard.


Memula tak caya, tapi itulah dia.

Jadi togel, apa yang korang rasa?

Coil Aircond Proton yang bocor tu.

Coil Aircond Lama vs Baru.

Total cost untuk tukar Coil Aircond ini adalah sebanyak RM700 lepas diskaun RM35 & free perfume! ha.


Sekarang dah repair, sejukkk lah hati ni walaupun panas je duit dah keluar. haha.

23 Oct 2019, 12:01pm via web

iPhone 11 from Switch Village Mall, Sungai Petani





Lama tak update tentang iphone. Dulu aku pernah share pengalaman aku beli iphone 4 pada November 2010 di Maxis KLCC.  Aku trade in iphone 4 tu beli iphone 5s dengan plan Maxis pada Jun 2014 di Maxis Centre, Kota Bharu Kelantan! haha.

Lepas tu beli iphone 7 kat lazada pulak pada Jun 2017. Sekarang aku trade in iphone 7 pada Oktober 2019!

Nampaknya aku makin kerap tukar telefon! Urgh! Aku pun nak guna lah teknologi baru, FaceID walaupun patutnya 2017 tu aku beli iphone X. haha! Lagipun wife aku dah pre-order dan dapat pun iphone 11 pro 5.8" dari Celcom.



Ok, ni nak cerita tentang beli iphone kat Switch Village Mall, Sungai Petani, Kedah pada 7 October 2019 lepas.


Dah penat google dan call, sebenarnya beli dari senheng lebih berbaloi untuk trade-in sebab harga senheng lebih tinggi dari Switch.  Tapi, senheng tak ada ready stok. Kena letak deposit dulu pastu order bla-bla bla... panjanglah kisahnya.

iphone 7 128 Gb aku kalau trade in dari senheng dapat RM730 (promo Oct 2019). Switch bagi RM671 (promo sebulan shj). Beza RM59!



Tapi, sebab aku nak buat installment kat Switch, katanya 0% tapi dia paksa ambik Smart Protection Plan (SPP Lite) berharga RM189.00. Urgh!



0% tanpa SPP tu kalau korang bayar tanpa installment. WHAT??? Insurans untuk iphone selama setahun kalau rosak dek air ataupun skrin pecah. Bayar RM390, dapatlah set yang baru, katanye!



Baik aku beli kat Lazada je, siap ada tambahan 1 tahun warranty.  Tapi, aku nak jugak trade in. Tak mampu bayar mahal-mahal lagipun iphone 7 tu aku tak nak simpan macam iphone 5s aku. Ye, aku ada je try market kat carausell, ada je nak RM1000. Tapi, aku malas nak bagi cable segala semua tu. Kat sini, bawak phone je.

Jadi, Jumlah yang aku kena bayar adalah RM3,399.00 - RM671.00 = RM2728.00. Tambah RM189.00 additional lagi untuk SPP.

Rasa baik beli kat senheng je sebab charge RM25 je admin fee. harga trade-in pun lebih tinggi RM59, macam balik modal la jugak kan?

Begitulah. Aku hepi sebab iphone 11 ni batterynya sangatlah tahan lama berbanding iphone 7 aku yang asik nak kene charge je. siap 2 kali sehari. Kalini sekali je sehari.  Kalau aku bz giler tak tengok phone sangat, boleh tahan 1.5 hari. Hebat kan!!!

ok tu je nak share. bye!

23 Oct 2019, 11:16 am via web