Lama tak update tentang iphone. Dulu aku pernah share pengalaman aku beli iphone 4 pada November 2010 di Maxis KLCC. Aku trade in iphone 4 tu beli iphone 5s dengan plan Maxis pada Jun 2014 di Maxis Centre, Kota Bharu Kelantan! haha.
Lepas tu beli iphone 7 kat lazada pulak pada Jun 2017. Sekarang aku trade in iphone 7 pada Oktober 2019!
Nampaknya aku makin kerap tukar telefon! Urgh! Aku pun nak guna lah teknologi baru, FaceID walaupun patutnya 2017 tu aku beli iphone X. haha! Lagipun wife aku dah pre-order dan dapat pun iphone 11 pro 5.8" dari Celcom.
Ok, ni nak cerita tentang beli iphone kat Switch Village Mall, Sungai Petani, Kedah pada 7 October 2019 lepas.
Dah penat google dan call, sebenarnya beli dari senheng lebih berbaloi untuk trade-in sebab harga senheng lebih tinggi dari Switch. Tapi, senheng tak ada ready stok. Kena letak deposit dulu pastu order bla-bla bla... panjanglah kisahnya.
iphone 7 128 Gb aku kalau trade in dari senheng dapat RM730 (promo Oct 2019). Switch bagi RM671 (promo sebulan shj). Beza RM59!
Tapi, sebab aku nak buat installment kat Switch, katanya 0% tapi dia paksa ambik Smart Protection Plan (SPP Lite) berharga RM189.00. Urgh!
0% tanpa SPP tu kalau korang bayar tanpa installment. WHAT??? Insurans untuk iphone selama setahun kalau rosak dek air ataupun skrin pecah. Bayar RM390, dapatlah set yang baru, katanye!
Baik aku beli kat Lazada je, siap ada tambahan 1 tahun warranty. Tapi, aku nak jugak trade in. Tak mampu bayar mahal-mahal lagipun iphone 7 tu aku tak nak simpan macam iphone 5s aku. Ye, aku ada je try market kat carausell, ada je nak RM1000. Tapi, aku malas nak bagi cable segala semua tu. Kat sini, bawak phone je.
Jadi, Jumlah yang aku kena bayar adalah RM3,399.00 - RM671.00 = RM2728.00. Tambah RM189.00 additional lagi untuk SPP.
Rasa baik beli kat senheng je sebab charge RM25 je admin fee. harga trade-in pun lebih tinggi RM59, macam balik modal la jugak kan?
Begitulah. Aku hepi sebab iphone 11 ni batterynya sangatlah tahan lama berbanding iphone 7 aku yang asik nak kene charge je. siap 2 kali sehari. Kalini sekali je sehari. Kalau aku bz giler tak tengok phone sangat, boleh tahan 1.5 hari. Hebat kan!!!
ok tu je nak share. bye!
23 Oct 2019, 11:16 am via web
Waktu beli phone iphone 11 duit muka kena bayar beraya ya?
ReplyDeleteWaktu beli phone iphone 11 duit muka kena bayar beraya ya?
ReplyDelete