Kalau perasan, dah lama saya tak post entry baru. Kenapa? Sebab gigi bongsu baru je dicabut keluar.
Gigi bongsu ni ialah gigi geraham yang paling belakang. (trylah check skrg, haha). Gigi bongsu biasanya tumbuh paling lewat. Dah masuk universiti baru nak tumbuh. Ada jugak kawan-kawan yang dah keje (lepas graduate) baru rasa gigi bongsu nak tumbuh.
Tapi pernah dengar gigi geraham terimpak? itulah yang berlaku pada saya. Gigi bongsu ni tumbuh secara melintang, bukan menegak ke atas.

Dalam bulatan, gigi bongsu yang tumbuh melintang.
Lepas operation dekat sejam, keluarlah gigi tu. For your info, doktor terpaksa pecahkan gigi (2 atau 3 bahagian - depends) dan kuarkan satu persatu. Ini kerana ada certain part yg terlekat kat bone and they have to take it out piece by piece. Rahang di bahagian belakang akan dipotong sikit untuk memudahkan gigi tu keluar. Tapi jgn risau, proses biologi akan berlaku dan rahang akan tumbuh semula.

Gigi bongsu yang dikeluarkan telah dibelah kepada 2 bahagian.
So, ada sesapa yang dah tumbuh gigi bongsu? dah check & tak de apa2 masalah?