Showing posts with label unboxing. Show all posts
Showing posts with label unboxing. Show all posts

Monday, September 30, 2019

Cature Odor Control Plus: Fancy Cat Litter unboxing






Basically semalam wife aku ajak pegi petshop sebab aku dah banyak kali sebut toilet kucing dah penuh.  So, nak pegi beli cat litter la ni.

Biasanya beli palet kayu yang tahan lama, dan tak berbau. Ada la jgk bau tu, tapi sipi-sipi je lah.

Semenjak wife aku pregnant, memang toilet kucing tu tak diuruskan dengan sepatutnya.  Oleh sebab ajk kucing adalah wife aku, dan wife aku dah pregnant sekarang, aku tolonglah jugak buangkan semua najis tu sekaligus.  Lebih kurang dalam satu bulan sekali? Lepastu, isi palet yang baru separuh guni tu.

DASYAT TAK? Ok, berbalik pada cat litter yang fancy ni.


Brand nye adalah cature.

Dekat kotak tu tulis Natural Wood Clumping Cat Litter. cature - odor control plus. Satu kotak ni seberat 8kg. dan harganya RM80. Itupun promo kalau tak RM85. giler tak? sekilo sepuluh ringgit!


Penjual tu siap cakap 7x absorption dan boleh buang dalam toilet. Maksudnya? boleh tahan lagi lama la kan! Xpayah nak buang selalu. Sebab tu wife aku cakap, ok lah nak try. 

Ok, ni natural wood, so 100% biodegrable. kira mesra alam.


Tapi, lepas balik, tengok direction for use,  kena scoop daily! urgh! no way.


Dan macam-macamlah benefits dia. Oh! patutlah mahal, dari USA rupanya, tapi made in China jgk.

Dalam kotak 8kg ni ada 3x pek yang kedap udara. Wow! ok ko bayar mahal memang patut lah fancy! So, aku bajet boleh lah tahan 3 bulan kot? sebulan 1 pek, Not sure!

Siap berbunyi angin lagi bila potong plastik kedap udara tu. Aku dah guna 1 pek, tinggal 2 lagi.


Dalam dia bentuk palet tapi kecik-kecik je, yang warna hitam tu arang. Kata penjual tu lah.

Hmm, kita tengok nanti macam mana hasilnya!

1 Oct 2019, 11:10am via BlogTouch

Tuesday, January 8, 2019

Synology DiskStation DS218+ in 2019





Hi semua.

Kalini nak share tentang Synology DiskStation DS218+ yang baru aku beli pada 12.12.2018 Lazada deal.

Unboxing video ada di youtube:


Untuk setup NAS (network attached Storage) ni, harganya adalah seperti berikut:

Produk : Synology DiskStation DS218+
Harga : RM1,221.00

Produk : Seagate 4TB NAS HDD
Harga : RM525.50 x 2 unit = RM1,051.00

Total Setup : RM2,272.00.

Seriously, memang terbakar poket!

Although I am regret to spent a lot of money on it, I am quite impressed with the performance.  Yup! you invest a lot for this. As average Malaysian, in this setup, it quite expensive. Be careful!

Tapi nak buat macam mana, dah terbeli, termimpi-mimpi dek kerana WDMyCloud 3TB aku dah pun rosak.

Kalini try Synology pulak! Kalaulah RM ni sama dengan USD, mesti setup ni jauh lebih murah. Dalam lima ratus lebih je. OK. xyah bermimpi.

Kalau korang pertama kali nak gunakan NAS, aku suggest guna WDMyCloud / WDMyHome je lah sebab korang tak yah fikir nak setup macam mana, semuanya dah siap all in one.

Synology ni lebih banyak features, tapi kene tahu apa kebendanya yang korang nak setting tu.

Apa-apa pun, kalau ada duit lebih, boleh beli yang lebih canggih!


8 Jan 2019, 4:02 pm from web.

Tuesday, November 27, 2018

DELL AiO Inspiron 7777 (2018)





Hai semua.

Kalini nak share sikit tentang PC All in One yang aku beli tahun ni. DELL AiO Inspiron 7777 (2018)


Basically dah beli lama, Jun 2018. Sekarang baru nak post.

Ha!

Jangan keliru dengan model lagi satu
https://www.dell.com/en-my/work/shop/business-pcs-desktop-computers/new-optiplex-7760-all-in-one/spd/optiplex-7760-aio


Aku order pada 2 Jun 2018, iaitu selepas GST dimansuhkan dan harga barang eletrik & eletronik turun mendadak kalau perhatikan di website company2 besar ni. Eg: Dell, Apple dll.

Harga yang aku beli RM6,379.00 (4 Jun 2018)
Harga yang ada kat website skrg : RM7,309.00 (19 Nov 2018)

Jom tengok unboxing Dell AiO Inspiron 7777


28 Nov 2018 via web. 10:55 am