Wednesday, January 5, 2011

PTPTN : Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)





Ha,pada yang dah buat pinjaman PTPTN, dan dah bekerja skrg, jangan lupe membayarnya. Skrg dah Januari 2011 dan kebanyakan peminjam2 dah boleh buat Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%). Bagus tak? Camne nak buat? 1. Pergi je ke website ptptn dan click Kemaskini Maklumat Ujrah. 2. Masukkan no ic (without jarak/dash) beserta alamat email yg aktif. 3. Kemudian satu link akan dihantar ke email tadi untuk kemaskini alamat, penjamin (ibubapa) dan majikan sekarang.4. Submit dan berjaya.

Senang je kan? Anda dah buat?



Oh Facebook! Oh Billionaire!





Anda pernah terfikir tak time mula-mula guna friendster dan myspace dulu utk buat satu lagi social networking website mcm facebook? Founder Facebook, Mark Zuckerberg, baru je berumur 26 tahun dah jadi bilionair.

Jom kita tengok berapa harga Facebook kalau mampu beli: ________________________________________________

Facebook kini bernilai RM151.68 bilion


NEW YORK 4 Jan. - Kekayaan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg meningkat dua kali ganda kepada 9 bilion (RM42.66 bilion) selepas menerima pelaburan daripada firma kewangan, Goldman Sachs.


Akhbar New York Times melaporkan bank berkenaan melaburkan 291 juta (RM1.379 bilion) dalam laman web sosial itu dengan syarikat pelaburan Rusia, Digital Sky Technologies turut melabur sebanyak AS$32 juta (RM99.2 juta).

Facebook kini bernilai kira-kira AS$32 bilion (RM151.68 bilion), menjadikan kedudukan Zuckerberg yang berusia 26 tahun meningkat daripada tangga 212 ke 40 tempat teratas dalam senarai bilionair Forbes.

Pelaburan terbaru tersebut akan membenarkan Facebook menarik dan mengekalkan kakitangan, menghasilkan lebih banyak produk dan mungkin membolehkan pencarian pemerolehan tanpa diperdagangkan.
Goldman Sachs merancang untuk mewujudkan sebuah entiti khas yang membenarkan pelanggannya yang bernilai tinggi melabur dalam Facebook, menurut akhbar itu. Pelaburan 32 billion pound menjadikan Facebook bernilai lebih daripada Yahoo!, eBay dan Time Warner.

Zuckerberg yang memiliki satu per empat saham Facebook, menjadikannya seorang daripada bilionair termuda di dunia dan antara yang terkaya di dunia tanpa mengira faktor umur.


New York Times berkata, perjanjian tersebut mungkin meningkatkan sebanyak dua kali ganda harta peribadi Zuckerberg yang dijangka sebanyak 4.5 bilion (RM21.33 bilion pound) apabila Facebook dinilai pada 14.9 bilion (RM70.626 bilion).


Zuckerberg yang tidak gemar menceritakan hal peribadinya baru-baru ini, 'membuka' rumahnya dan memperkenalkan teman wanitanya kepada dunia serta lebih lantang dalam mempertahankan syarikatnya daripada kritikan yang mendakwa ia menyalahgunakan data peribadi pengguna.


Wakil Facebook, Goldman Sachs dan Digital Sky Techologies enggan mengulas lanjut berhubung pelaburan baru itu. - Agensi

Source: Utusan Malaysia Online ________________________________________________

Ha.. amacam? jom buat social networking punya website. Boleh jadi billionair. hu~~





Monday, January 3, 2011

Gigi Bongsu (Geraham Terimpak)





Kalau perasan, dah lama saya tak post entry baru. Kenapa? Sebab gigi bongsu baru je dicabut keluar.

Gigi bongsu ni ialah gigi geraham yang paling belakang. (trylah check skrg, haha). Gigi bongsu biasanya tumbuh paling lewat. Dah masuk universiti baru nak tumbuh. Ada jugak kawan-kawan yang dah keje (lepas graduate) baru rasa gigi bongsu nak tumbuh.

Tapi pernah dengar gigi geraham terimpak? itulah yang berlaku pada saya. Gigi bongsu ni tumbuh secara melintang, bukan menegak ke atas.

Dalam bulatan, gigi bongsu yang tumbuh melintang.

Ha, ini lah ceritanya... Appointment dah byk kali extend, last2, teros gi pergi buat minor surgery tu untuk kuarkan gigi bongsu terimpak tersebut. Doktor kasi bius dekat 4 kali untuk make sure everything is ok. Doktor sendiri pesan kalau sakit (tak perlu nak tahan2 sakit) just let him know and dia akan tambah bius lagi. Lepas operation mmg tak sakit. Darah tak benti until the next day (baru kurang).

Lepas operation dekat sejam, keluarlah gigi tu. For your info, doktor terpaksa pecahkan gigi (2 atau 3 bahagian - depends) dan kuarkan satu persatu. Ini kerana ada certain part yg terlekat kat bone and they have to take it out piece by piece. Rahang di bahagian belakang akan dipotong sikit untuk memudahkan gigi tu keluar. Tapi jgn risau, proses biologi akan berlaku dan rahang akan tumbuh semula.

Gigi bongsu yang dikeluarkan telah dibelah kepada 2 bahagian.

Kepada sesiapa yang nak buat minor surgery ni, pastikan doktor bekalkan ubat painkiller. Sebabnya lepas saje rasa kebas bius tu hilang (about 2,3 hours) mmg rase nak kill sape je yg carik pasal, buat bising dll. Baik makan painkiller tu siap-siap b4 rasa kebas hilang. Jgn lupa makan banyak-banyak b4 minor surgery tu. Haha lepas tu, makan makanan lembut (bubur, roti dll je).

So, ada sesapa yang dah tumbuh gigi bongsu? dah check & tak de apa2 masalah?