Wednesday, March 23, 2011

Celcom bakal lancar iPhone 4 - Bukankah dah terlambat?





OMG! Celcom akan lancarkan iPhone4 tak lama lagi? Bukankah dah terlambat?
Maxis telahpun melancarkan iPhone4 pada 24 September 2010! Harini adalah 23 March 2011. Telah cukup setengah tahun (6 bulan Maxis melancarkan iPhone4). Tapi, ini baru saja keratan akhbar online yg saya baca dari Harian Metro. Mungkin akan menunggu beberapa bulan lagi.

Jom tgk keratan akhbar online tersebut:

[CELCOM Axiata Berhad (Celcom), peneraju rangkaian telekomunikasi negara akan menyertai dua pesaingnya apabila buat pertama kalinya akan melancarkan telefon pintar iPhone 4 yang dilengkapi aplikasi paling inovatif di dunia, tidak lama lagi.

Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan semalam, bagaimanapun syarikat itu tidak menjelaskan tarikh sebenar pelancaran, tetapi hanya memaklumkan bahawa telefon iPhone 4 itu akan dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.


“Antara ciri menarik termasuk FaceTime iaitu paparan Retina baru Apple, kamera lima megapiksel dengan lampu flash LED, perakam video HD, pemproses A4 Apple dan masa berbual sehingga 40 peratus lebih lama,” katanya.]


Owh, apekah yg telah mengganggu fikiran org atasan Celcom? Kenapa tidak terus je fokus pada Blackberry? Kenapa tidak 6 bulan yg lalu.

Saya telah pun beli iPhone4 pada 7 November 2010. Dah guna berapa bulan? Celcom... Celcom...

Bukankah sudah terlambat? Yes, its was true "better late than never", tapi, sgt terlambat wahai Celcom. (Walaupun Celcom masih lagi saya gunakan).

Mungkin kerana banyak permintaan iPhone4 di Malaysia, barulah Celcom sedar bahawa mereka perlu melancarkan gadget tersebut.

Hmmm, mungkin ini boleh jadi pengajaran utk Celcom utk terus menyediakan gadget terbaru kepada rakyat Malaysia. Mungkin nnti iPhone5 akan dilancarkan oleh Celcom sebelum telco2 lain di Malaysia.




2 comments: