Ok harini aku nak bgtau tentang satu app yang aku dok guna sekarang ni.. iaitu:
Spendee. App ni adalah tempat korang catatkan perbelanjaan & buat peruntukkan (budget).
Available di iOS, android & web.
Yang bestnye, boleh connect dengan bank, maka transaction bank & kredit kad automatik akan masuk dalam catatan.
Malangnya, setakat ini Maybank je yg local bank yg boleh connect utk Malaysia. HSBC & PayPal pun ada.
CIMB Tak ada ye!
Nampak tak percentage perbelanjaan aku bulan lepas? Ha, btw, ni baru buat hujung2 bulan ogos haritu. Banyak yg bertukar sebab nak pahamkan transaction dari account & ccard & payment. Kalau korang ada background accounting, mesti xde masalah!
App ni sgt lancar, xde sekat2 mcmTwitter. Haha. #twitter take note ye!
Sekarang ni ada promo langganan seumur hidup RM184.90.
Ataupun USD 44.99. Sebelum ni depa ada promo USD 39.99. Masih lagi murah untuk seumur hidup.
Kalau xde bajet boleh try free dulu atau pilih bulanan.
Spendee premium trial 14 hari free atau RM52.90 setahun.
Spendee Plus RM34.90 setahun, tapi buat bajet2 je la, TANPA connection dengan bank.
Best giler app ni, harap2 ada CIMB pulak lepas ni (CIMB singapore & indonesia ada pulak!!!)
Mari catatkan perbelanjaan!!
11:55am via BlogTouch 4 Sept 2019
mcm mana nk connect dengan bank? saya cuba buat banyak kali tak dapat even dan tunggu lama
ReplyDelete