Tuesday, December 28, 2010

Blackblog





Sorry guyz, who viewing my blogsite with your mobile device. There are something wrong with onbile.

Blackblog appear when you view my site with smartphone! Wired but I'll try to figure it out ASAP.

Lets take a look my blogsite on mobile version (viewing with iphone4). I really dislike this.

1. Open up using Safari



2. Using Opera

Double site? What is this! Argghh!
Some contents does not really work
Is it wired? Readers, what mobile version do you suggest for me?




Sunday, December 26, 2010

Haram pakai pakaian serupa dengan Santa Claus





Hari Natal memang sinonim dengan ikon Santa Claus. Banyak aksesori yang dijual untuk menyambut perayaan tersebut. Topi, janggut, kasut, stokin, baju dan lain-lain yang menyamai pakaian Santa Claus turut dijual. Jom kita ikuti penjelasan lanjut dari Mufti Johor:
_________________________________________________________
(Berita Harian) - Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.

Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.
"Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

"Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit," katanya.
________________________________________________________
Anda pakai pakaian Santa Claus ke?




Thursday, December 23, 2010

Proton: Saga FL





Proton Saga FL baru saje launch selepas Proton Inspira dilancarkan. FL?Ape tu?
Bagi sesiapa yg tak tau, FL = FaceLift. Baru-baru ini saya sempat pergi ke Proton Authorized Sales Dealer untuk melihat sendiri Saga FL nih.

Model FL datang dengan 2 variants : Standard dan Executive

Exterior
FaceLift, sgt mengagumkan di bahagian depan.
Rear led combi lights
Spoke Alloy Rims
Side mirror with led.


Interior
Steering audio switches
Metre

Audio head unit with usb, mp3 and aux ports. (Executive variant)
Dual airbag dan power windows utk ke semua window. (Executive)
Rear sit yg ada tambahan utk keselesaan kepala.
Model kali ni datang dengan 6 warna pilihan: Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver, Granite Grey dan 2 warna baru iaitu Blue Rock and Café Latte

Range harga Saga FL adalah between RM37,998 - RM43,298. Dah lihat exterior & interior kereta Saga FL ini, apa pula komen anda?





Wednesday, December 22, 2010

Indonesia ancam mahu boikot? M'sia vs Indonesia





Kat Indonesia, tidak puas hati je, tak kira apapun, pasti ada bantahan, perhimpunan dan lain-lain. Kali ini, Indonesia mengancam nak boikot Malaysia pulak.

Indonesia kali ini nak boikot perlawanan akhir antara Malaysia & Indonesia. Penyokong Indonesia mahu memboikot perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 kalau pemain bola Indonesia diganggu sinaran laser oleh penyokong Malaysia ataupun pasukan Indonesia memang pengecut?

Jom kita ikuti laporan dari Kosmo:
__________________________________________________________________________

Dakwa mereka, pada aksi separuh akhir pertama Malaysia bertemu Vietnam minggu lalu, penjaga gol Vietnam telah diganggu sinaran laser sehingga menyebabkan pasukan juara bertahan itu tewas 0-2.

“Memang perkara ini berlaku ketika Malaysia bertemu Vietnam tempoh hari. Tapi permainan telah dihentikan seketika sehingga individu yang memancarkan sinaran laser itu ditangkap.

“Jadi kami telah bertemu pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam (kelmarin) bagi meminta jaminan hal yang sama tidak berulang pada Ahad ini.

“Tapi jika ia berlaku sekali pun, permainan akan dihentikan seketika sehingga individu terbabit ditangkap. Jadi tak wajar untuk kita melakukan tindakan walk out kerana kita sendiri yang rugi,” jelas Nugraha pada sidang akhbar tersebut.

Pihak media di Indonesia mungkin mahu sengaja mensensasikan berita berhubung pemboikotan tersebut apabila mereka memetik komen daripada Ketua Umum PSSI, Nurdin Halid ketika pertemuan dengan media di Pejabat PSSI di Senayan, Jakarta kelmarin.

Nurdin dipetik sebagai berkata pada pertemuan tersebut: “Soal sinar laser pernah dikeluhkan jurulatih Vietnam kerana ia berbahaya jika terkena mata secara berlebihan.

“Jika itu terjadi lagi, kami akan memboikot pertandingan. Pasukan kami akan terus menghentikan permainan.”

Namun, dakwaan Nurdin ini agak keterlaluan sekali gus disensasikan oleh media Indonesia.

Apalah sangat pada sinar laser, dan tidak mungkin ia boleh menjejaskan rentak permainan seseorang pemain itu.

Indonesia seharusnya tidak perlu membuat helah seperti itu, sebaliknya berterima kasih kerana terlalu diberi keistimewaan sepanjang kejohanan ini.

Mereka beraksi di tempat sendiri sehingga ke perlawanan separuh akhir berbanding pasukan lain.

Ancaman untuk memboikot hanya disebabkan sinaran laser, membuktikan betapa pengecutnya mereka untuk beraksi di gelanggang lawan.

Indonesia boleh dianggap bernasib baik melangkah ke final kerana dua perlawanan separuh akhir dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Jakarta ekoran masalah stadium dihadapi lawan mereka, Filipina.

Sepatutnya, aksi kedua separuh akhir antara Indonesia dengan Filipina itu diadakan di gelanggang berkecuali sama ada di Singapura atau di Kuala Lumpur.

Indonesia tidak perlu membuat sebarang helah menjelang perlawanan akhir pertama ini kerana mereka sudah terlalu banyak mendapat keistimewaan sepanjang kejohanan ini.

__________________________________________________________________

Jadi, apa pula pandangan anda?





Monday, December 20, 2010

iPhone Apps : Cut the Rope





What is Cut the Rope? It is an interactive games on your smartphone! Each level in the game consists some obstacles like the spiders, the bubble , spikes, air cushion with one piece of candy. You can also cut the ropes by using multitouch. Your goal is to collect all stars with the piece of candy, and then get the candy into the mouth of the friendly monster that waited for the candy.

Recently, Chillingo and developer Zeptolab present Cut the Rope for the Holiday, the addicted games I ever tried on my iPhone4 after Angry Bird.

Holiday Gift vs Lite Version
Of course, I got it free. See the comparison between the lite version and holiday version.

Lets see over the lite version before go for holiday gift version.

Lite Version
In lite version, there are two boxes which is the cardboard box and fabric box. Yes, you can get the lite version of cut the rope via iTunes for free here: lite version
1. Cardboard box. There are only 9 level in cardboard box.

2.Fabric box. There is also 9 level to be completed.

Holiday Gift Version

How about the holiday gift version? You can get it here for free : holiday gift

1. What is so special about the holiday gift version? you can get the 25 level for free with holiday theme. There are santa sock.
Full Version
Still addicted? Get the full version here:
full version.
So, what games you wanted to share with me?



Sunday, December 19, 2010

Hot Tips: Nuffnang oh Nuffnang!





Blogger, iklan kat Nuffnang? Ape tu?

Kalau anda dengar Hot Tips dari Hotfm, pastinya anda dengar tentang berblog mampu menjana pendapatan pasif. Saya pun cuba lah berblog, harini 20th december 2010. 1st posting saya pada 8th December 2010 = 12hari.

Saya telahpun letak iklan di blog saya dengan Nuffnang. Pada mulanya saya tak tau la sgt pasal nuffnang ni dan berblog. Thanks to kawan-kawan: Khalid & Nani yang explain kat saya bagaimana untuk berblog dan register dengan Nuffnang nih.

Kawan-kawan saya tadi beritahu bahawa iklan yg kita letakkan pada blog boleh earn cash. Lepas beberapa hari (tak sabar) saya pun check kat Nuffnang. Kenapa lah tak de cash lagi nih? Rupa-rupanya Nuffnang hanya update weekly.

Berapa yg saya peroleh dengan pendapatan pasif nih? Dah 12 hari, saya pun check la kat Nuffnang dan inilah pendapatan pasif pertama saya! : RM0.25. [sikitnye!!] haha.

Jadilah... Walaupun kat sini tulis dari 6-11 December, tapi saya start berblog pada 8 December 2010. Maksudnya 8 hingga 11 December (4hari) saya sudahpun dapat 25sen. Dalam waktu 4hari tu, saya punya blog belom dikunjungi org ramai yg masih tak kenal blog ini.

Status Glitterati pun baru aktif dalam 4hari itu. Huhu!Lagipun kat Malaysia ni ada beratus ribu blog, yg posting 3-5 entry setiap hari. Hurmm.

Glitterati? Ape tu? Saya ambil info ini dari Nuffnang sendiri.
__________________________________________________________________
Glitterati:
Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.


Mengapa Anda Patut Menyertai program Glitterati Nuffnang?

1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik

Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.

Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2) Terma Pembayaran

Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, kami tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.

Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar mengikut tempoh masa berdasarkan jadual program pembayaran di bawah.

3) Peluang Advertorial

Walaupun kempen iklan dapat menjana pendapatan yang stabil, kebanyakan blogger pasti tahu bahawa kempen advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Bergantung kepada pengiklan, komitmen dan trafik, setiap advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lumayan kepada blogger dan kadang-kala produk percuma turut disertakan.

Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.

4) Aktiviti Komuniti

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.

Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka

5) Peraduan

Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak kami anjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, kami memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6) Innit

Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.

Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami di Nuffnang ikhlas berharap inisiatif baru ini dapat menunjukkan penghargaan kami ke atas kesetiaan anda.

__________________________________________________________________

In conclusion, tak rugi pun anda berblog. Try lah.




Thursday, December 16, 2010

Like, Like, Like, I looike! I like Everything.





Semuanya nak like! Sejak ada like button kat facebook, youtube, yahoo answer dan lain-lain lagi, everybody wanted to click that button. Ada jugak yg boleh undo like by clicking the unlike button.

Semua nak like, ada ke yg dislike? Kalau kat facebook, you will only found like and unlike button. dislike tak de. however, kat youtube dan yahoo answer, ada dislike button.

It is the way we express our self on the comment, on new post or on the particular entry. Like button ni jugak berfungsi mcm recommended answer or most suggested comment.

Lets take a look the like button (red circle).

1. Yahoo Answer

2. Youtube

3. Widget Facebook

4. Blog
Ape pulak your views on this entry? anda like tak entry kali nih?




Wednesday, December 15, 2010

The Season of the Witch is Here





New movie, The Season of the Witch is coming soon in Malaysia. Those who love to watch adventure and fantasy movies, there you go:
Season of the witch



Synopsis:

In the supernatural thriller Season of the Witch, The main actor, Nicolas Cage stars as a 14th century Crusader who returns with his comrade (Ron Perlman) to a homeland devastated by the Black Plague.

A beleaguered church, deeming sorcery the culprit of the plague, commands the two knights to transport an accused witch (Claire Foy) to a remote abbey, where monks will perform a ritual in hopes of ending the pestilence.

A priest (Stephen Campbell Moore), a grieving knight (Ulrich Thomsen), an itinerant swindler (Stephen Graham) and a headstrong youth who can only dream of becoming a knight (Robert Sheehan) join a mission troubled by mythically hostile wilderness and fierce contention over the fate of the girl.

When the embattled party arrives at the abbey, a horrific discovery jeopardizes the knight’s pledge to ensure the girl fair treatment, and pits them against an inexplicably powerful and destrustive force.

Lets take alook over the trailer:


Personally, I never met any witches yet. But as television and movies including the character in cartoon showing the scary things, we are well known about witches. When I grew up, there are lot of witches character, and they are popular with their own broom. Just like Harry Potter using his broom.
For me, there are witches with snake and its scary me a lot. huh!
Medusa:
Yes, its Medusa.
Enough?


How about male medusa or Japanese Medusa? Comment below




Tuesday, December 14, 2010

Snipping Tool





Snipping Tool atau pun alatan menggunting jika diterjemah dalam Bahasa Melayu. Snipping Tool adalah features yg ada dalam Windows 7. Lebih kurang macam print screen (snipping tool pun boleh print screen), tapi pengguna boleh edit secara terus gambar yg hendak dicrop, edit dan lain-lain tanpa perlu membuang masa.

Jom tgk macam mana nak guna snipping tool nih. Mungkin ada yg pernah gunakannya dan mungkin ada yg tak tau snipping tool ni wujud dalam Windows 7 anda.

1. Tekan start dan search snipping. Snipping Tool akan appear pada result tersebut. Lepastu click Snipping Tool.
2. Snipping Tools akan muncul macam nih.

3. Anda boleh pilih rectangular snip dan lain-lain. Kat sini, saya gunakan rectangular snip.

4. Then, drag kat mana yg nak gunting, tak kisah walaupun tengah bukak website, document dan lain-lain, anda boleh copy gambar setakat mana anda mahukan. Drag dan lepaskan cursor.

5. Window mcam ni akan muncul untuk anda edit,save dan lain-lain.

6. Anda juga boleh "tambah perisa" conteng-conteng guna pen (red, blue, black and custom pen - kene customize dulu).

7. Ataupun menggunakan highlighter... guna eraser utk padamkan.

8. Kalau dah abis edit atau tak nak edit, tekan butang save.

9. Pilih file kat mana anda nak save dan save dlm format png, gif, jpeg atau mht..(biasanya saya gune format jpeg/png).

10. Dah save, lihatlah hasilnya. Siap. Bukak pada file yg anda sudah save tadi

11. Anda boleh gunakan gambar tadi utk letak kat blog, facebook, dan lain-lain lagi.

So, anda macam mana? Dah try?




Monday, December 13, 2010

Hot Ticket vs Hotlink Youth Club





Sebenarnya saya tak la tahu sgt pasal Hot Ticket nih. Kenapa perlu beli Hot Ticket kalau saya sekarang menggunakan Hotlink Youth Plan? Murah pun murah, Hot Ticket tu buat ape je, betol?

Tapi, sejak Hot Ticket yg diperkenalkan oleh Hotlink yg dapat free 2ketul ayam KFC tu (musim raya aidilfitri 2010), saya pun tetiba nak beli. Sebenarnya Hot Ticket dah pun diperkenalkan sebelum itu utk World Cup 2010 tapi, tanpa free apa2.

Secara keseluruhannya Hot Ticket sgt berbaloi, (skrg free personal pizza hut, just add RM1). Lebih-lebih lagi pada siapa yang tak guna Youth Club, sebab umur dah lebih 25 tahun.
Jom kita lihat perbezaan antara Hot Ticket dengan Hotlink Youth Club(HYC).
Hot Ticket kene beli dari kedai-kedai topup, tak boleh melalui e-pay, internet dan lain-lain. Saya cuba semak melalui cimbclicks, tapi tak de.

So, pada sapa yang nak berjimat dan ingin makan Pizza Hut (personal pizza), boleh la gunakan hot ticket. berbaloi-baloi.


P/S: update - tgk hot ticket baru : hot ticket dah tak hot....




Sunday, December 12, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah





Semalam, 12 December 2010 (Ahad), lepas aje gi USJ2 (kawan buat opening day utk tadika baru : http://www.littlecaliphs.com/ ) terus gi serbu Summit USJ. Alang-alang, betol2 opposite je dengan kindergarden tu.

Lepas round-round, either main bowling or tgk movie, last-last we're decided go for movie. Narnia and mcm2 lagi movie yg baru release. Nak tengok citer melayu ada pulak citer Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pengarahnya Mamat Khalid.


Secara personal, saya bukan lah penggemar Mamat Khalid sebagai sutradara filem. Cerita Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang tak pernah abis pun saya tengok walaupun acapkali dimainkan kat tv time musim raya. Cerita Lang Buana je yg abis, sbb itupun Senario yg berlakon.

Cerita Zombi Kampung Pisang membuatkan saya bertambah tak suka sebab filemnya nampak sgt fake, ntah apa2, paling penting tak best,senang citer.

So, kawan-kawan dah decide pilih movie nih, terpaksa lah ikot. (Tanpa Perasaan). Yang penting pergi ramai-ramai, kalo tak best, boleh borak2 dengan kawan-kawan.

Kami pun dapatkan tiket kat GSC and dapat THX punye cinema. Start lambat plak tu. (Sekali lagi, pergi dengan ramai kawan2 tak la boring sgt).

Lepas beberapa iklan, filem pun start, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dengar perkataan yg disebut laju tu pun dah lucu. Hahaha.

1. Dengar perkataan hantu kak limah balik rumah! (disebut laju2)

Cerita pun bermula dan saya nampak kelainan filem Mamat Khalid nih dari position camera dan effect bunyi yg best kat THX cinema tu. Sgt best.

Watak-watak macam Awie, Johan raja lawak dan penari kebangsaan sgt kelakar.
Awie yg baru pulang dari Singapore balik ke Kampung Pisang dan berjiran dengan Kak Limah. Awie nampak kak limah sgt pelik yg berdiri kat tingkap.

Malam Awie digangggu, Awie terus berlari ke warung tempat org selalu lepak kat kampung pisang tu. (Sgt lawak). Cer citer cer citer.. hahaha! (utk yg dah tgk citer nih). Jalan cerita yg diselitkan adengan Awie bercinta dgn Cik Nin tak membosankan.

Pastu, bomoh-bomoh dipanggil utk menghalau hantu kak limah(lawak giler) tapi smuanya gagal. Kesan khas bomoh jawa yg pergi ke Gunung Everest dan Pyramid nampak sgt tak kemas, tak pe2, masih boleh cuba lagi utk next movie Mamat Khalid!.

Mesyuarat dibuat dan penari kebangsaan melobi utk bakar je rumah kak limah.
Pastu... anda tgk la sendiri kat pawagam. Hehe~~~. Tak rugi pun. Citer ni mmg best!. Tak macam citer Mamat Khalid yg sebelum ni bosan.

Secara keseluruhan, cerita best, seram-seram kelakar. Untuk movie nih, 4.5 over 5 stars.

Tgk antara adengan-adengan filem nih. (Print screen dari iphone4 dari trailer you tube).

2. Awie yg baru pulang dari Singapore
3. Awie dengar macam-macam bunyi pelik.
4. Usop, bekas penari kebudayaan kebangsaan. Tangan asik meliuk-lintuk (betol ke bahasa saya ni)
5. Johan Raja Lawak (Abi Hurairah) & Awie nak dengar citer. "Cer-citer cer-citer (cube cerita)...
6. Warung yg popular kat Kampung Pisang.
7.Cik Nin, bekas tunang Awie dalam citer nih.
8. Bomoh yg expert telah pun dipanggil untuk menghapuskan hantu Kak Limah.
9.Mesyuarat tergempar diadakan kerana kes hantu Kak Limah.
10. Inilah hantu Kak Limah.

So, ape komen anda?