Sunday, December 19, 2010

Hot Tips: Nuffnang oh Nuffnang!





Blogger, iklan kat Nuffnang? Ape tu?

Kalau anda dengar Hot Tips dari Hotfm, pastinya anda dengar tentang berblog mampu menjana pendapatan pasif. Saya pun cuba lah berblog, harini 20th december 2010. 1st posting saya pada 8th December 2010 = 12hari.

Saya telahpun letak iklan di blog saya dengan Nuffnang. Pada mulanya saya tak tau la sgt pasal nuffnang ni dan berblog. Thanks to kawan-kawan: Khalid & Nani yang explain kat saya bagaimana untuk berblog dan register dengan Nuffnang nih.

Kawan-kawan saya tadi beritahu bahawa iklan yg kita letakkan pada blog boleh earn cash. Lepas beberapa hari (tak sabar) saya pun check kat Nuffnang. Kenapa lah tak de cash lagi nih? Rupa-rupanya Nuffnang hanya update weekly.

Berapa yg saya peroleh dengan pendapatan pasif nih? Dah 12 hari, saya pun check la kat Nuffnang dan inilah pendapatan pasif pertama saya! : RM0.25. [sikitnye!!] haha.

Jadilah... Walaupun kat sini tulis dari 6-11 December, tapi saya start berblog pada 8 December 2010. Maksudnya 8 hingga 11 December (4hari) saya sudahpun dapat 25sen. Dalam waktu 4hari tu, saya punya blog belom dikunjungi org ramai yg masih tak kenal blog ini.

Status Glitterati pun baru aktif dalam 4hari itu. Huhu!Lagipun kat Malaysia ni ada beratus ribu blog, yg posting 3-5 entry setiap hari. Hurmm.

Glitterati? Ape tu? Saya ambil info ini dari Nuffnang sendiri.
__________________________________________________________________
Glitterati:
Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.


Mengapa Anda Patut Menyertai program Glitterati Nuffnang?

1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik

Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.

Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2) Terma Pembayaran

Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, kami tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.

Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar mengikut tempoh masa berdasarkan jadual program pembayaran di bawah.

3) Peluang Advertorial

Walaupun kempen iklan dapat menjana pendapatan yang stabil, kebanyakan blogger pasti tahu bahawa kempen advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Bergantung kepada pengiklan, komitmen dan trafik, setiap advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lumayan kepada blogger dan kadang-kala produk percuma turut disertakan.

Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.

4) Aktiviti Komuniti

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.

Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka

5) Peraduan

Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak kami anjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, kami memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6) Innit

Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.

Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami di Nuffnang ikhlas berharap inisiatif baru ini dapat menunjukkan penghargaan kami ke atas kesetiaan anda.

__________________________________________________________________

In conclusion, tak rugi pun anda berblog. Try lah.




2 comments:

  1. pajil. thank you for the info. nani tak tahu menahu pun ttg Glitterati Nuffnang tau. harus daftar nihhhhhhh!

    ReplyDelete
  2. @nanie: ye ke? nani dah lama berblog. mesti tak perasan dah berstatus Glitterati.

    ReplyDelete