Showing posts with label petronas. Show all posts
Showing posts with label petronas. Show all posts

Sunday, September 23, 2018

Tips Cash Back di Petronas





Posting kali ini akan ceritakan tentang Tips Cash Back di Petronas.

Vrrooommmm!

kita sedia maklum bahawa petrol kenderaan merupakan salah satu benda yang kita akan gunakan kalau kita ada kenderaan sendiri.

Jadi, aku nak share tips bagaimana kita akan dapat keuntungan sebagai pengguna.

1. Gunakan Mesra Kad



Kad mesra sebagai salah satu dari loyalty kad ni rasa macam tak da guna. Tapi, semenjak petronas menggandakan point x3, aku rasa tak leh lepaskan peluang ini.

Bayangkan kita isi petrol RM22.00 = 10 liter, kita dapat 10x3 = 30 points. bersamaan 30sen setiap 10 liter. Isi selalu, sedar tak sedar, kau akan kumpul berpuluh ringgit.


Aku sempat redeem. Terkejut. Masukkan kad mesra kat kad terminal, macam nak masuk kredit kad tu. Then, walla!

2. Gunakan kredit kad PETRONAS Maybank Ikhwan VISA


Sebab apa? Sebab ada 8% cash back bila gunakan pada hujung minggu. Aku selalu isi minyak hari Sabtu, dan aku sedaya upaya akan cuba isi lagi pada hari Ahad untuk fully utilized 8% ni.


Cuba tengok transcation aku untuk bulan lepas, dia akan kreditkan pada setiap 1 haribulan. So, aku dapatlah dalamm RM26.97. Boleh isi minyak kot, dapat isi lebih kurang 12.25 liter lagi. Ko rase, tiap-tiap bulan dapat minyak petrol free tak ke best?

Tapi, dalam bentuk cash back. Yakni, dia akan tolak semula account kredit kad kau yang selalu swipe tu. Contoh di atas, aku isi hari sabtu 25 Ogos, tapi isi lagi hari Khamis 30 Ogos untuk top up. Untuk hari biasa, selain hujung minggu dapat 1% saje. Tak sebanyak hunjung minggu 8%.



Ha, ni hasil dari website yang korang boleh layari : https://www.mymesra.com.my/Cards_Services-@-PETRONAS_Islamic_Credit_Cards.aspx

Mungkin ada cara lain yang lebih bagus untuk dapat lebih banyak cash back. Share-share lah.  Cara ini sesuai untuk aku sebab petronas ada banyak di sekitar Sungai Petani.

Via web. 24 Sept 2018. 10:29am




Monday, January 22, 2018

Harga Gas Rumah





Kebetulan hari ni gas rumah dah abis dan spare pun dah abis jugak. 


Macam ni lah rupa tong gas ye kawan-kawan. Kot2 la korang guna induction kitchen, tekan suiz letrik, terus boleh masak. 

Tong gas Petron Gasul 12kg & 14kg nampak berkilat-kilat lagi. Dari website : https://www.petron.com.my/web/site/lpg



Ha, yang ni realiti ok. Untuk 2 tong refill, aku kena bayar RM52. Kira satu tong RM26. 

Seingat aku tahun lepas bayar RM50 je untuk dua tong. Mebi harga dah naik la kot.


Lepas google, aku dapat ni, tapi dari petronas website.


Patutnya secara standard harga memang kena macam ni. Kira beli petrol kat Malaysia, semua harga sama xkira brand. Ok la tu. Harga standard.

Untuk tong, aku xpulak beli yang baru. Seingat aku tahun 2010 dulu beli tong gas skali gas dalam tu RM70 untuk 12kg. Sekarang xtau la.

Dah beli gas, apa lagi, dapur kena berasap ok?

4:30 p.m. 22 Jan 2018. BlogTouchPro.