Sunday, December 12, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah





Semalam, 12 December 2010 (Ahad), lepas aje gi USJ2 (kawan buat opening day utk tadika baru : http://www.littlecaliphs.com/ ) terus gi serbu Summit USJ. Alang-alang, betol2 opposite je dengan kindergarden tu.

Lepas round-round, either main bowling or tgk movie, last-last we're decided go for movie. Narnia and mcm2 lagi movie yg baru release. Nak tengok citer melayu ada pulak citer Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pengarahnya Mamat Khalid.


Secara personal, saya bukan lah penggemar Mamat Khalid sebagai sutradara filem. Cerita Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang tak pernah abis pun saya tengok walaupun acapkali dimainkan kat tv time musim raya. Cerita Lang Buana je yg abis, sbb itupun Senario yg berlakon.

Cerita Zombi Kampung Pisang membuatkan saya bertambah tak suka sebab filemnya nampak sgt fake, ntah apa2, paling penting tak best,senang citer.

So, kawan-kawan dah decide pilih movie nih, terpaksa lah ikot. (Tanpa Perasaan). Yang penting pergi ramai-ramai, kalo tak best, boleh borak2 dengan kawan-kawan.

Kami pun dapatkan tiket kat GSC and dapat THX punye cinema. Start lambat plak tu. (Sekali lagi, pergi dengan ramai kawan2 tak la boring sgt).

Lepas beberapa iklan, filem pun start, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dengar perkataan yg disebut laju tu pun dah lucu. Hahaha.

1. Dengar perkataan hantu kak limah balik rumah! (disebut laju2)

Cerita pun bermula dan saya nampak kelainan filem Mamat Khalid nih dari position camera dan effect bunyi yg best kat THX cinema tu. Sgt best.

Watak-watak macam Awie, Johan raja lawak dan penari kebangsaan sgt kelakar.
Awie yg baru pulang dari Singapore balik ke Kampung Pisang dan berjiran dengan Kak Limah. Awie nampak kak limah sgt pelik yg berdiri kat tingkap.

Malam Awie digangggu, Awie terus berlari ke warung tempat org selalu lepak kat kampung pisang tu. (Sgt lawak). Cer citer cer citer.. hahaha! (utk yg dah tgk citer nih). Jalan cerita yg diselitkan adengan Awie bercinta dgn Cik Nin tak membosankan.

Pastu, bomoh-bomoh dipanggil utk menghalau hantu kak limah(lawak giler) tapi smuanya gagal. Kesan khas bomoh jawa yg pergi ke Gunung Everest dan Pyramid nampak sgt tak kemas, tak pe2, masih boleh cuba lagi utk next movie Mamat Khalid!.

Mesyuarat dibuat dan penari kebangsaan melobi utk bakar je rumah kak limah.
Pastu... anda tgk la sendiri kat pawagam. Hehe~~~. Tak rugi pun. Citer ni mmg best!. Tak macam citer Mamat Khalid yg sebelum ni bosan.

Secara keseluruhan, cerita best, seram-seram kelakar. Untuk movie nih, 4.5 over 5 stars.

Tgk antara adengan-adengan filem nih. (Print screen dari iphone4 dari trailer you tube).

2. Awie yg baru pulang dari Singapore
3. Awie dengar macam-macam bunyi pelik.
4. Usop, bekas penari kebudayaan kebangsaan. Tangan asik meliuk-lintuk (betol ke bahasa saya ni)
5. Johan Raja Lawak (Abi Hurairah) & Awie nak dengar citer. "Cer-citer cer-citer (cube cerita)...
6. Warung yg popular kat Kampung Pisang.
7.Cik Nin, bekas tunang Awie dalam citer nih.
8. Bomoh yg expert telah pun dipanggil untuk menghapuskan hantu Kak Limah.
9.Mesyuarat tergempar diadakan kerana kes hantu Kak Limah.
10. Inilah hantu Kak Limah.

So, ape komen anda?




2 comments: