Tuesday, December 4, 2018
Deego 1TB - Free
Hi guys, sebenarnya kita selalu dengar tentang dropbox kan? Tapi dropbox limited kepada free 2Gb je dan boleh sehingga 18Gb kalau kita refer pada kawan-kawan.
Tapi, cloud storage lagi satu ni bernama Deego, beri sehingga 1Terabytes satu TERA! 1TB! okey
meh clik sini.
https://cloud.degoo.com/drive-ua7waadaleem
okeh. Mari cuba untuk cukupkan 1000 Gb ataupun 1TB!
5 Dec 2018, 11:15 am, via web
Tuesday, November 27, 2018
DELL AiO Inspiron 7777 (2018)
Hai semua.
Kalini nak share sikit tentang PC All in One yang aku beli tahun ni. DELL AiO Inspiron 7777 (2018)
Basically dah beli lama, Jun 2018. Sekarang baru nak post.
Ha!
Jangan keliru dengan model lagi satu
https://www.dell.com/en-my/work/shop/business-pcs-desktop-computers/new-optiplex-7760-all-in-one/spd/optiplex-7760-aio
Aku order pada 2 Jun 2018, iaitu selepas GST dimansuhkan dan harga barang eletrik & eletronik turun mendadak kalau perhatikan di website company2 besar ni. Eg: Dell, Apple dll.
Harga yang aku beli RM6,379.00 (4 Jun 2018)
Harga yang ada kat website skrg : RM7,309.00 (19 Nov 2018)
Jom tengok unboxing Dell AiO Inspiron 7777
28 Nov 2018 via web. 10:55 am
Wednesday, October 31, 2018
Review: Nestum Cereal with milk
Hi, kalini aku nak review tentang produk baru. Eh, yeke? Baru lah jgk. Aku beli ni kat 7E, tgh promo satu botol nestum cereal + gardenia coklat RM3.30 je.
Ha inilah dia. Ada Brown rice, wheat, oat & barley yg dikisar dan dicampur dgn susu. Bagi aku SEDAP!!!
Tapi..... untuk aku, sebabnya:
Ok! Haha, sebotol ni isipadunya sebanyak 225ml je. Teguk2 dah habis. Kalau korang jenis heavy breakfast, mebi kena beli 2 botol baru lah rasa kenyang.
Ok! Haha, sebotol ni isipadunya sebanyak 225ml je. Teguk2 dah habis. Kalau korang jenis heavy breakfast, mebi kena beli 2 botol baru lah rasa kenyang.
Kalau nak alas perut, boleh jgk. Grab & go katekoo.
Ok selamat mencuba!
10:30pm BlogTouchPro 31 Oktober 2018
Wednesday, September 26, 2018
Apa negara paling gembira di dunia 2018?
Macam tajuk kat atas, korang ni gembira ke tak? Ada satu laporan tahun 2018 World Happiness Report telah pun diterbitkan. Sumber di sini: http://worldhappiness.report/ed/2018/
Negara Malaysia di kedudukan 35 daripada 156 negara yang dilaporkan.
Nak hepi lebih sikit, pindah pegi Singapore, di kedudukan 34. Kalau tahu bahasa arab, boleh pegi Arab Saudi atau Qatar.
Senang, pindah Finland terus sebab ranking yang pertama. Korang rasa apa? Ha! btw, ukuran kegembiraan "hapiness" ni, diambil dari aspek GDP, Social Support, Healthy life expectancy, freedom to make life choices, generosity, perception of corruption, & dystopia (1.92) + residual.
Ha! xmampu, hepikan je diri sendiri dengan pelbagai cara ok!
Via web 27 Sept 2018. 2:23 pm.
Tuesday, September 25, 2018
The New York Times promo 2018
Hi, semalam aku ada share tentang habit kan?
Kebetulan ada iklan kat ig. The new york times buat promo trial 4 minggu. nak ke tak nak?
Ini details nye : https://www.nytimes.com/subscription/inyt/lp8U87J.html?campaignId=7WWFH&URI=https%3A%2F%2Fwww.nytimes.com%2F
Betul free baca ni:
"No commitment required. Cancel anytime.
Offer expires 10/1/18, 10 a.m. E.T. If you cancel your free trial before the end of the offer period you will not be charged. After the trial period you will become a paying subscriber, and your payment method will automatically be charged in advance every 4 weeks (28 days). You will be charged the introductory offer rate for the introductory period of one year, and thereafter will be charged the standard rate. You may cancel anytime. All subscriptions renew automatically and your payment method will be charged in advance of each billing period unless canceled. These offers are not available for current subscribers. Other restrictions and taxes may apply. Offers and pricing are subject to change without notice."
Promo ni sampai bulan Oktober 2018. Ayuh, jadikan amalan membaca surat khabar sebagai tabiat / habit kita.
Via web. 26 Sept 2018. 7:58 am.
Monday, September 24, 2018
Tabiat harian tahun 2018. Apa yang kita kena buat?
Tabiat ataupun habit dalam English adalah salah satu yang kita boleh pupuk. Ha!
Kali ni aku nak share satu tabiat yang diambil sepenuhnya dari sumber berikut: https://medium.com/marketing-and-entrepreneurship/these-24-daily-habits-will-make-you-smarter-65df08af5e94
Ha, marilah cuba amalkan untuk memupuk tabiat yang lebih baik. Ataupun, jadikan ni salah satu daripada listing untuk new year resolution?
No 22? Kacang je! haha! -- untuk org yang terlebih sibuk je ni.
Via web. 25 Sept 2018. 10:54 am.
Sunday, September 23, 2018
Tips Cash Back di Petronas
Posting kali ini akan ceritakan tentang Tips Cash Back di Petronas.
Vrrooommmm!
kita sedia maklum bahawa petrol kenderaan merupakan salah satu benda yang kita akan gunakan kalau kita ada kenderaan sendiri.
Jadi, aku nak share tips bagaimana kita akan dapat keuntungan sebagai pengguna.
1. Gunakan Mesra Kad
sumber : https://www.mymesra.com.my/pmlp.aspx
Kad mesra sebagai salah satu dari loyalty kad ni rasa macam tak da guna. Tapi, semenjak petronas menggandakan point x3, aku rasa tak leh lepaskan peluang ini.
Bayangkan kita isi petrol RM22.00 = 10 liter, kita dapat 10x3 = 30 points. bersamaan 30sen setiap 10 liter. Isi selalu, sedar tak sedar, kau akan kumpul berpuluh ringgit.
Aku sempat redeem. Terkejut. Masukkan kad mesra kat kad terminal, macam nak masuk kredit kad tu. Then, walla!
2. Gunakan kredit kad PETRONAS Maybank Ikhwan VISA
Sebab apa? Sebab ada 8% cash back bila gunakan pada hujung minggu. Aku selalu isi minyak hari Sabtu, dan aku sedaya upaya akan cuba isi lagi pada hari Ahad untuk fully utilized 8% ni.
Cuba tengok transcation aku untuk bulan lepas, dia akan kreditkan pada setiap 1 haribulan. So, aku dapatlah dalamm RM26.97. Boleh isi minyak kot, dapat isi lebih kurang 12.25 liter lagi. Ko rase, tiap-tiap bulan dapat minyak petrol free tak ke best?
Tapi, dalam bentuk cash back. Yakni, dia akan tolak semula account kredit kad kau yang selalu swipe tu. Contoh di atas, aku isi hari sabtu 25 Ogos, tapi isi lagi hari Khamis 30 Ogos untuk top up. Untuk hari biasa, selain hujung minggu dapat 1% saje. Tak sebanyak hunjung minggu 8%.
Ha, ni hasil dari website yang korang boleh layari : https://www.mymesra.com.my/Cards_Services-@-PETRONAS_Islamic_Credit_Cards.aspx
Mungkin ada cara lain yang lebih bagus untuk dapat lebih banyak cash back. Share-share lah. Cara ini sesuai untuk aku sebab petronas ada banyak di sekitar Sungai Petani.
Via web. 24 Sept 2018. 10:29am
Saturday, September 22, 2018
Tisu Kleenex with Eucalyptus Oil
Basically aku baru je try tisu Kleenex with Eucalyptus Oil.
Jom kita buka. Dah terbukak sebelum sempat nak snap picture. hehe.
Katanya bagus untuk kesejukan dan selsema. AAAichummm.
Ada vapour release, yakni mengeluarkan bau macam berangin, ala-ala vicks.
Jom tengok bahagian bawah dia tulis apa. Oh, buatan Thailand. Sawadeekap!. Chlorine-Free tissue dan dari sumber yang dikawal memastikan mesra alam sekitar, sosial dan kebaikan ekonomi. Not recommended to use tissue for the eyes!. Jadi, bukanlah tisu sesuai untuk bilik kaunseling.
Warna tisu ni putih, ada 3 lapisan, jadi takdelah bila bersin terus berlubang tisu. Ada 80 helai total, pandai-pandailah darab untuk berapa kali bersin tu. achummmmm!
Lagi satu, tisu ni ada fine detaling. Kat bahagian tepi tu dia ada tekstur skit.
Haaa! tisu ni agak mahal sebenarnya. Kalau dalam direktori jayagrocer : https://www.jayagrocer.com/product?variant_id=199559 harganya RM15.09
Personally, aku rasa bau minyak angin ni mcm bau rempah berangin. tapi bukan rempah makanan ye. haha.
Review aku, better beli tisu muka yang lain lebih murah, sebab kadang-kadang scent eucalyptus oil ni mungkin tak kena dengan kita dan tisu lain tawarkan harga jauh lebih murah.
Dapatkanlah rawatan doktor kalau selsema. Senang kan!
From web. 2:58 pm 23 Sep 2018.
Wednesday, May 30, 2018
Tukang Kasut Sungai Petani
Kedai membaiki Kasut milik Shaikh Ahmad dan anak-anak ni berada kat kawasan Ambangan Height, Sungai Petani.
Boleh call atau whatsapp nombor yang ada tu.
Kalau nak waze atau google, boleh taip alamat ni.
Jalan Melor 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Kedai nya sederet dengan Customer Service Ambangan Height yang dah pun ditutup.
Ok, meh jenguk
Biasa tukang kasut kat tepi2 kedai, ini siap ada kedai okey!
Gambar ni diambil 19 Mei 2018. Wife aku dah perasan lama, tapi baru pegi hari ini. Harap2 lah bisnes ni maju sampai bila-bila.
Macam-macam jenis kasut ada dibaiki. Kadang-kadang ada yang sampai sebulan, kata pekedai ni.
So, penduduk Sg Petani yang nak gam, jahit, letak tapak baru untuk kasut boleh lah datang ke kedai ni ye.
Mur-mur je. (Murah2) hehe. Btw, wife hantar kasut utk jahit tali yang dah putus & tambah getah tapak kasut kena charge RM5 je.
31 Mei 2018 8:57am BlogTouchPro
Labels:
2018,
baiki kasut,
gam,
getah kasut,
jahit,
sungai petani,
tampal,
tukang kasut
Wednesday, April 18, 2018
Halogen bulb - Kitchen Hood Lamp
Pening jugak kalau lampu terbakar. Just nak bgtau kalau korang guna dapur yang ada skali lampu, cenggini:
Hood dapur yang tempat sedut asap masakan, ada lampu. Tapi lampu tu terbakar pulak dah. Camne?
Beli kat kedai, halogen bulb ni harganya RM5.00 shj. Yang kat luar tu mentol yang dah terbakar.
Pekedai tu ada pesan, pegang bulb dgn plastik dia skali. Sbb mentol tu sensitif dengan air. Cuba tengok kat kotak, ada pesan.
Nak pasang pun satu hal. Ada 2 pin yang halus je tu. Ni guna micro zoom ok. Kalau x, memang xjelas utk korang tengok. (Aku snap pic ni guna apps: camera+)
Kene hati2. Dah la tak nampak. Pegang macam ni ok? Pastu kau tekan je sampai masuk. Xada positif atau negatif, main jolok je. Haha.
Tada! Siap.
18 April 2018 4:35 pm BlogTouchPro
Thursday, March 29, 2018
Hos Kabel Gas Rumah - LPG Hose Set
Ha, taktau la apa korang panggil ni apa.
Hahaha. in English, its LPG Hose Set.
Jenama Milux, kepala hos yang aku guna sejak 2011. Lama giler (7 tahun la kiranya)
Sebenarnya wife aku dok komplen sebab ada bau gas yang sangat kuat kat bawah dapur, tempat tong gas tu. Oleh sebab wife aku ni dalam bidang keselamatan, haruslah benda ni berbahaya.
Memang tak penah tukar. Mungkin bocor. Maka, aku pun pegilah tesco untuk survey, sudahnya ke Mr. DIY beli jenama Hokah.
Jenama HOKAH, ni nampak meyakinkan.
Ok, ni Safety tips.
Harga dalam RM29.00. Satu set sekali dengan paip hos dengan kepala. Untuk keselamatan, SIRIM sarankan kita kena check dan tukar selepas 2-2.5 tahun penggunaan.
Setelah tukar. Siap tanda tarikh tu. Untuk rujukan masa hadapan.
Korang rasa-rasanya dah tukar ke belom? Dah berapa tahun guna hos gas tu?
29 March 2018, 11:45 p.m. Blogspot web.
Wednesday, February 28, 2018
Nasi Lemak Pak Nasser’s
Kalau naik penerbangan airasia yang lebih 2 jam wajib ambik makanan (pandangan peribadi) sebab sangat-sangat lapar kot!!
Menu yang paling berbaloi mengikut tekak aku adalah Nasi Lemak Pak Nasser’s yang tertera dalam menu santan AirAsia.
Berat 285grams. Antara yang paling besar dan paling penting SEDAP!!! berbanding menu-menu yang lain. (pandangan aku). Recomended!
So, inilah dia Nasi Lemak Pak Nasser’s!!!
11:45pm, 28 Feb 2018, BlogTouchPro
Labels:
airasia,
coconut rice,
menu,
Nasi Lemak,
Pak Nasser’s,
santan
Sunday, January 28, 2018
MyTNB Portal - Bil Eletrik
Zaman sekarang orang online je nak view bill. Lagi-lagi kalau bil yang dipos ke rumah kene caj RM2, RM5 dan lain-lain sebab kos kertas, print dan postage lagi.
Dalam kes aku, bil TNB tak dapat pulak. Mungkin terbang, hilang kat luar. Sebabnya jiran aku punya bil (tnb atau air) selalu terbang ke rumah aku. Kena lah masukkan dalam peti surat dia.
Ha, macam mana nak tengok bil TNB? Btw, korang boleh view dari portal myTNB.
click: https://www.mytnb.com.my/User/Login
Kena register dulu ye.
Siap ada statistik ikot purata rumah di Malaysia. Untuk bulan ni, rata-ratanya aku gunakan 21% lebih rendah dari kebanyakkan rumah yang serupa.
Nak check bil, kena click manage account. Pilih tab billing & payment history. Maka jumpalah billing history korang. Click print.
Ha, keluarlah bentuk pdf. Bil ni lain skit dari bil panjang biasa kita dapat. Boleh print atau simpan secara digital. Kemain!
Lagi satu, korang boleh download app dari appstore ataupun playstore. Mudahkan?
9:33 p.m. 28 Jan 2018. Blogspot web.
Saturday, January 27, 2018
e-Waste
Sampah biasa busuk berulat-ulat pun ada jugak. Sisa-sisa makanan ni biasa buang je kat tong sampah biasa.
Kalau komputer, tv, henfon, radio, buang kat mana ye? Ha, itulah kita namakan sebagai e-waste.
Tadi kat USM ada satu tong sampah yang lain dari lain. Drop electronic only? Nampak tak ada cable usb tu. Ha.
Tong sampah ni berada di laluan perpustakaan. Nampaknya usaha dari Enactus USM.
Ha, bila bukak, ini lah sampah nya. Cable, ada digital camera dan lain-lain.
Bila google, rupanya memang dah ada syarikat yang uruskan sampah electronic ni. Baca di sini: http://www.recycle.my/index.html
Ha, jadi, sebenarnya kita dah ada satu lagi kategori, iaitu elektronic (selain kertas, kaca, plastik, dan tin).
Jom kitar semula!
2:54 p.m. 23 Jan 2018. BlogTouchPro
Tips jalan-jalan di mall
Kalau berjalan-jalan kat shopping mall mesti tekak rasa haus. Nak beli starbucks, kene fikir berpuluh kali. Ka-ching.
Kalau poket tebal no problemo. Btw, aku baru tahu bahawa air mineral 500ml hanya 70sen kat Popular. Ye kedai buku tu.
Kalau dahaga & memang nak air mineral je, ini paling berbaloi.
Spritzer 600ml pulak baru RM1.30 je!!!
Ok. Sharing is caring.
1:38 p.m. 24 Jan 2018. BlogTouchPro
Monday, January 22, 2018
Harga Gas Rumah
Kebetulan hari ni gas rumah dah abis dan spare pun dah abis jugak.
Macam ni lah rupa tong gas ye kawan-kawan. Kot2 la korang guna induction kitchen, tekan suiz letrik, terus boleh masak.
Tong gas Petron Gasul 12kg & 14kg nampak berkilat-kilat lagi. Dari website : https://www.petron.com.my/web/site/lpg
Ha, yang ni realiti ok. Untuk 2 tong refill, aku kena bayar RM52. Kira satu tong RM26.
Seingat aku tahun lepas bayar RM50 je untuk dua tong. Mebi harga dah naik la kot.
Lepas google, aku dapat ni, tapi dari petronas website.
Patutnya secara standard harga memang kena macam ni. Kira beli petrol kat Malaysia, semua harga sama xkira brand. Ok la tu. Harga standard.
Untuk tong, aku xpulak beli yang baru. Seingat aku tahun 2010 dulu beli tong gas skali gas dalam tu RM70 untuk 12kg. Sekarang xtau la.
Dah beli gas, apa lagi, dapur kena berasap ok?
4:30 p.m. 22 Jan 2018. BlogTouchPro.
Sunday, January 21, 2018
Malaysia Web Hosting - Exabytes
Ha, kalau buat website, blog dan lain-lain, kita akan gunakan web hosting, sebagai contoh, blogspot ni lah. Yang di kendalikan google.
Dari Malaysia ada x? Ya, salah satu penyedia tempatan - Exabytes. Boleh ke exabytes.my
Ni ambil dari website exabytes.my
Mereka ni ada kepakaran dalam banyak benda selain web hosting, semenjak 2001. Kiranya dah 17 tahun. Nak ambik SPM kalau korang lahir 2001.
Salah satu pelanggan, zakatkedah. Aku ada posting tentang lokasi zakat kedah kat Sg. Petani. Ingat tak?
Jadi, ini adalah salah satu syarikat yang korang boleh cuba. Mereka beroperasi di Pulau Pinang, dan ada branch di KL.
6:19 pm. 21 Jan 2018. BlogTouchPro.
Labels:
domain,
Exabytes,
Malaysia,
tempatan,
web Hosting
Saturday, January 20, 2018
Menara Alor Setar
Hari ni ada kenduri kat Alor Setar (AOR). Kalau dah ke AOR ni, mesti nak singgah Aman Central.
Tepat-tepat bersebelahan dengan mall ni, ada satu mercu tanda AOR, Menara Alor Setar.
Dok dongak ke atas, view dari bawah.
Gambar view dari H&M, Aman Central.
Macam Menara KL, Menara Alor Setar ada tingat restoran berputar. Ok sedikit info, menara telekomunikasi ini mempunyai ketinggian 165.5 meter berbanding Menara KL yang berketinggian 421 meter.
Waktu sunset dari Menara Alor Setar, dari aras restoran berputar.
Ruang pemerhati hanya pada paras 88 meter.
Untuk ruang pemerhati (observation deck) dari Menara Alor Setar, mesti korang terkejut, sebab open air je. Kalau panas, maka panas la, kalau hujan, rasa sejuk la jugak. Haha.
Open air, memang terbukak je. Waktu ni ada rombongan budak sekolah.
Nampak tak ada grill tu, so, korang selamat, xjatuh ke bawah. Mungkin henfon korang boleh jatuh kalau gaduh dengan bf/gf waktu kat atas ni.
Jadi, kalau korang dah kebetulan jalan-jalan kat Alor Setar, xpernah lagi naik, boleh lah naik. Tengok-tengok view Alor Setar.
10:11 p.m. 20 Jan 2018. BlogTouchPro
Subscribe to:
Posts (Atom)