Thursday, January 18, 2018

Berkuasanya Passport Malaysia





Do Malaysian have such a powerful passport? 

Ha, kalau terjemah, adakah rakyat Malaysia mempunyai pasport yang berkuasa?

Sebelum tu, lets check out apa yang ada pada pasport Malaysia ni.

Passport Malaysia warna merah menyala. Merah maksudnya berani, siapa tak tahu sila belajar sampai pandai. Ada jata negara kat tengah-tengah kulit depan pasport ni.



Selak kulit depan, maka, nampaklah bahagian ni. Ye! Xboleh pegi Israel!!!!

Pegilah tempat-tempat lain, jangan jejak ke bumi Israel. Tapi rasanya tahun lepas ada isu dengan Korea Utara, makanya xboleh juga ke Korea Utara setakat ini.


Ni penting. Bahagian belakang sekali. Jangan buat macam-macam, nanti korang yang susah kat imigresen.

Berbalik pada betapa berkuasanya pasport Malaysia, untuk tahun 2018, Henley Passport Index dah keluarkan laporan awal tahun ni. 

Untuk ranking Asia Tenggara, Malaysia di tangga ke 2. Nombor 1 negara jiran di selatan, Singapura. 


Boleh tengok di sini: 
https://www.henleyglobal.com/files/download/HPI2018/PI%202018%20INFOGRAPHS%20SEA%20180105.pdf

Malaysia secara keseluruhan menduduki tangga ke 2 di Asia Tenggara, ke 4 di Asia (selepas Singapura, Jepun, & Korea Selatan) dan di tempat ke 12 di dunia. 

Rakyat Malaysia boleh ke 166 buah negara menggunakan pasport mereka tanpa visa! Rasa berkuasa tak?


4:17 p.m. 18 Jan 2018. BlogTouchPro.


 

No comments:

Post a Comment