Saturday, January 13, 2018

Updated 2018 : Pejabat Zakat Sungai Petani, Kuala Muda





Assalamualaikum wbt.

Btw, sebelum tu, aku ada posting pejabat zakat di Sungai Petani. 


Pejabat zakat dah pun berpindah sejak kira-kira 2 tahun kalau xsilap aku. Cumanya aku dah berhabuk xupdate blog ni, jadi xingat secara spesifik bila mereka pindah.

Apa pun, Pejabat Zakat Kedah Cawangan Kuala Muda, di Sungai Petani, Kedah masih di deretan bangunan yang sama. Berpindah ke lot tepi.

Ni lah gambar-gambar terbaru yang cheq ambil di tahun 2018.



Nampak signboad ni maksudnya lagi beberapa meter dah nak sampai. Kadang-kadang xperasan. Dari Giant menuju ke Central Square. (Kiri jalan) 



Haa tu dia. 


Masuk melalui pintu ni, (x faham kenapa banyak nau motor parking kat kaki lima kedai). Lepas masuk pintu, terus naik ke tingkat atas.



Waktu Operasi pulak seperti yang tertera. Haaa, depa dok meeting 8-8:30 am. Jangan dok kacau.


Dah naik tangga ke tingkat atas, jangan lupa ambil nombor. Mana satu urusan anda?

Haaa, untuk bantuan awal prasekolah 2018, sila rujuk notis yang tertera tu.


Maka duduklah tunggu giliran. Cheq mai ni awal pagi, jadinya, tak brapa ramai orang dok tunggu. Urusan cepat.

Tips: waktu ni suasana dalam pejabat agak malap, jadi, jangan silap ingat depa xbukak pulak. Memang begitu ok. (Rujuk waktu operasi kalau xcaya)

Haaa tu lah dia sebahagian daripada rangkuman cheq. Jangan lupa berzakat nooo.




6:35 am. 14 Jan 2018.




No comments:

Post a Comment