Monday, December 30, 2019

Withings Thermo - Smart Temporal Thermometer





Last week I received Withings Thermo which is the old (2016 version) thermometer.

I didn't buy the new one because of Nokia branding stamp on the product. Getting it from amazon uk much cheaper.



It is really difficult for me to connect to wifi but no problem with bluetooth. 

Unfortunately, the battery drained super quickly! 



I thought duracell battery included with the package were old (mfg 2016, exp 2026) and it come with low level battery.

But, after I replace with the new battery - energizer (mfg 2019, exp 2029), the battery even worst. 

Urgh!


Withings stated that the battery will last 2 years! What!!


Frustrating now.

30 Dec 2019 5:13pm via BlogTouch

Sunday, December 22, 2019

Sony TV with airplay2 and homekit support





After long waited, sony tv already update their tv with airplay2. This will be the first batch 2019 tv that received airplay2 support. Last Friday (20 Dec 2019) I realized its already there. 




 I am owning 55” X85G model are the lucky ones because X80G didnt received airplay2 and homekit support.




 I believed all 2019 sony tv with X1 processor and above only capable to receive apple support.



Souce: apple website.

So, do I need to buy a new apple tv 4K? Or just wait the new apple tv?

Hmmm.

1:02pm via BlogTouch, 23 December 2019

Sunday, December 8, 2019

Let’s start reading (& posting)





I’ve read one advertisement today on New Straits Times  regarding reading. It suggests 20 minutes per day. 





For blogger, we need to start posting, right? Ha!

Via Blog Touch, 3:38 pm, 9 Dec 2019

Monday, November 25, 2019

Huntkey Surge Protector





Ok sale 11.11 aku beli extension cable yang ada surge protection. Aku beli sebab nak elak kalau ada terlebih eletrik dan sebagainya, alat-alat elektrik dan eletronik aku tak de lah terbakar ataupun rosak.

Aku beli jenama Huntkey SZN501 dari Lazada.



harga RM45 seunit, panjang 3 meter dan ada 5 outlet universal.


aku check online, yang ni antara yang termurah, sale 11.11 pulak tu.



Ok, utk extension macam ni, bukan untuk peti sejuk dan benda2 macam water heater, microwave, oven yang menggunakan watt yang lebih tinggi. Baik korang cucuk pada suis utama untuk alat2 tu.



Bila dah guna, aku rasa ketat giler nak masukkan kepada plug 3 pin. Kalau 2 pin tu senang la jugak. X friendly untuk rakyat Malaysia. Tapi, bolehlah sebab agak murah, 3 tahun warranty dan ada 5 soket. Kalau ada bajet lebih, korangbeli yang lain lah ye. 


Aku bajet xberapa nak ada tapi nak guna banyak extension. Aku letak dekat area tv, untuk komputer & tempat router+nas storage. Benda2 ni kena jaga elok-elok dari renjatan eletrik kalau tak, habis la ribuan ringgit.


Ok setakat tu je.


Via BlogTouch 26 Nov 2019 2:10pm





Monday, November 11, 2019

Genting Skyway Cable Car





For the first time in my life, after 33years, I went to Genting Highland! 

On 30th Oct 2019, we stay at Swiss Garden Hotel & ride cable car to reach Genting Indoor park.

It cost me RM8 per pax one way - if you bought return ticket. One way cost you RM9. Why need to queue up again? 

 


Yup! Lane C. Normal cable car without glass floor. Haha.


Ok. That's it!

10:13am via BlogTouch 12 Nov 2019

Tuesday, October 22, 2019

Tukar Coil Aircond Proton





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Banyak benda yang aku nak share pasal kereta yang aku dah repair. Tapi tak terbuat macam pengalaman repair windscreen Dr. Cermin, tukar engine oil tank, compressor retak dan macam-macam lagi lah.

Kena tukar compressor. Dah retak

Kalini aku bagi sempat jugak sebab aku dah habis dekat seribu untuk aircond. Ni rawatan kali ke 3 untuk aircond sebab kedai ni check satu persatu, kemungkinan coil aircond aku bocor, tapi takot bukak terus, tak bocor, dah rugi.


1st aku pegi dah kena RM120 aku ingat sebab compressor tu, dah merecik abis satu enjin. jadi bersihkan filter & isi gas.


kali ke 2 pegi kena RM80 isi gas lagi & tukar getah. mebi longgar kat getah antara enjin & dalam kereta.

Kedai aircond kereta yang aku pegi kat sini:

YSC Star Auto, No 56, Jalan Teratai 1, Amanjaya, Sungai Petani. Kedai ni corner lot, landmarknye kat Sebelah Sekolah Vokasional Sungai Petani, Tol Sungai Petani Utara.

Aku hantar pada 21 Oktober 2019, dalam pkl 12 tghari, siap dalam pukul 7:30 malam. Bagus workshop ni siap snapkan picture bagi bukti.

Dashboard Proton Saga FL aku kena robek untuk tukar Coil Aircond yang terletak kat bawah dashboard.


Memula tak caya, tapi itulah dia.

Jadi togel, apa yang korang rasa?

Coil Aircond Proton yang bocor tu.

Coil Aircond Lama vs Baru.

Total cost untuk tukar Coil Aircond ini adalah sebanyak RM700 lepas diskaun RM35 & free perfume! ha.


Sekarang dah repair, sejukkk lah hati ni walaupun panas je duit dah keluar. haha.

23 Oct 2019, 12:01pm via web

iPhone 11 from Switch Village Mall, Sungai Petani





Lama tak update tentang iphone. Dulu aku pernah share pengalaman aku beli iphone 4 pada November 2010 di Maxis KLCC.  Aku trade in iphone 4 tu beli iphone 5s dengan plan Maxis pada Jun 2014 di Maxis Centre, Kota Bharu Kelantan! haha.

Lepas tu beli iphone 7 kat lazada pulak pada Jun 2017. Sekarang aku trade in iphone 7 pada Oktober 2019!

Nampaknya aku makin kerap tukar telefon! Urgh! Aku pun nak guna lah teknologi baru, FaceID walaupun patutnya 2017 tu aku beli iphone X. haha! Lagipun wife aku dah pre-order dan dapat pun iphone 11 pro 5.8" dari Celcom.



Ok, ni nak cerita tentang beli iphone kat Switch Village Mall, Sungai Petani, Kedah pada 7 October 2019 lepas.


Dah penat google dan call, sebenarnya beli dari senheng lebih berbaloi untuk trade-in sebab harga senheng lebih tinggi dari Switch.  Tapi, senheng tak ada ready stok. Kena letak deposit dulu pastu order bla-bla bla... panjanglah kisahnya.

iphone 7 128 Gb aku kalau trade in dari senheng dapat RM730 (promo Oct 2019). Switch bagi RM671 (promo sebulan shj). Beza RM59!



Tapi, sebab aku nak buat installment kat Switch, katanya 0% tapi dia paksa ambik Smart Protection Plan (SPP Lite) berharga RM189.00. Urgh!



0% tanpa SPP tu kalau korang bayar tanpa installment. WHAT??? Insurans untuk iphone selama setahun kalau rosak dek air ataupun skrin pecah. Bayar RM390, dapatlah set yang baru, katanye!



Baik aku beli kat Lazada je, siap ada tambahan 1 tahun warranty.  Tapi, aku nak jugak trade in. Tak mampu bayar mahal-mahal lagipun iphone 7 tu aku tak nak simpan macam iphone 5s aku. Ye, aku ada je try market kat carausell, ada je nak RM1000. Tapi, aku malas nak bagi cable segala semua tu. Kat sini, bawak phone je.

Jadi, Jumlah yang aku kena bayar adalah RM3,399.00 - RM671.00 = RM2728.00. Tambah RM189.00 additional lagi untuk SPP.

Rasa baik beli kat senheng je sebab charge RM25 je admin fee. harga trade-in pun lebih tinggi RM59, macam balik modal la jugak kan?

Begitulah. Aku hepi sebab iphone 11 ni batterynya sangatlah tahan lama berbanding iphone 7 aku yang asik nak kene charge je. siap 2 kali sehari. Kalini sekali je sehari.  Kalau aku bz giler tak tengok phone sangat, boleh tahan 1.5 hari. Hebat kan!!!

ok tu je nak share. bye!

23 Oct 2019, 11:16 am via web

Monday, September 30, 2019

Cature Odor Control Plus: Fancy Cat Litter unboxing






Basically semalam wife aku ajak pegi petshop sebab aku dah banyak kali sebut toilet kucing dah penuh.  So, nak pegi beli cat litter la ni.

Biasanya beli palet kayu yang tahan lama, dan tak berbau. Ada la jgk bau tu, tapi sipi-sipi je lah.

Semenjak wife aku pregnant, memang toilet kucing tu tak diuruskan dengan sepatutnya.  Oleh sebab ajk kucing adalah wife aku, dan wife aku dah pregnant sekarang, aku tolonglah jugak buangkan semua najis tu sekaligus.  Lebih kurang dalam satu bulan sekali? Lepastu, isi palet yang baru separuh guni tu.

DASYAT TAK? Ok, berbalik pada cat litter yang fancy ni.


Brand nye adalah cature.

Dekat kotak tu tulis Natural Wood Clumping Cat Litter. cature - odor control plus. Satu kotak ni seberat 8kg. dan harganya RM80. Itupun promo kalau tak RM85. giler tak? sekilo sepuluh ringgit!


Penjual tu siap cakap 7x absorption dan boleh buang dalam toilet. Maksudnya? boleh tahan lagi lama la kan! Xpayah nak buang selalu. Sebab tu wife aku cakap, ok lah nak try. 

Ok, ni natural wood, so 100% biodegrable. kira mesra alam.


Tapi, lepas balik, tengok direction for use,  kena scoop daily! urgh! no way.


Dan macam-macamlah benefits dia. Oh! patutlah mahal, dari USA rupanya, tapi made in China jgk.

Dalam kotak 8kg ni ada 3x pek yang kedap udara. Wow! ok ko bayar mahal memang patut lah fancy! So, aku bajet boleh lah tahan 3 bulan kot? sebulan 1 pek, Not sure!

Siap berbunyi angin lagi bila potong plastik kedap udara tu. Aku dah guna 1 pek, tinggal 2 lagi.


Dalam dia bentuk palet tapi kecik-kecik je, yang warna hitam tu arang. Kata penjual tu lah.

Hmm, kita tengok nanti macam mana hasilnya!

1 Oct 2019, 11:10am via BlogTouch

Tuesday, September 3, 2019

Spendee App Review : Malaysian context





Ok harini aku nak bgtau tentang satu app yang aku dok guna sekarang ni.. iaitu:

Spendee. App ni adalah tempat korang catatkan perbelanjaan & buat peruntukkan (budget).



Available di iOS, android & web.

Yang bestnye, boleh connect dengan bank, maka transaction bank & kredit kad automatik akan masuk dalam catatan.

Malangnya, setakat ini Maybank je yg local bank yg boleh connect utk Malaysia. HSBC & PayPal pun ada.
CIMB Tak ada ye!



Nampak tak percentage perbelanjaan aku bulan lepas? Ha, btw, ni baru buat hujung2 bulan ogos haritu. Banyak yg bertukar sebab nak pahamkan transaction dari account & ccard & payment. Kalau korang ada background accounting, mesti xde masalah!

App ni sgt lancar, xde sekat2 mcmTwitter. Haha. #twitter take note ye!




Sekarang ni ada promo langganan seumur hidup RM184.90.




Ataupun USD 44.99. Sebelum ni depa ada promo USD 39.99.  Masih lagi murah untuk seumur hidup.

Kalau xde bajet boleh try free dulu atau pilih bulanan.




 
Spendee premium trial 14 hari free atau RM52.90 setahun.



Spendee Plus RM34.90 setahun, tapi buat bajet2 je la, TANPA connection dengan bank.

Best giler app ni, harap2 ada CIMB pulak lepas ni (CIMB singapore & indonesia ada pulak!!!) 

Mari catatkan perbelanjaan!!

11:55am via BlogTouch 4 Sept 2019


Sunday, September 1, 2019

Hi, Hotlink RED





Hai semu, harini aku secara offically tukar dari Hotlink Fast ke Hotlink RED. Hotlink FAST ni offer free 1Gb+1Gb  4G internet setiap hari sabtu & ahad seumur hidup! 

Hotlink kenakan kadar RM0.99 untuk tukar plan. Lupa nak snap gambar! 




Tapi aku tukar la jgk sebab nak non-stop unlimited (FUP 1TB) untuk social apps.



Basically, korang boleh pilih salah satu ye. Bukan semua 3-3 pilihan tu. Antara chat, social ataupun video.

Untuk chat aku guna 1 je, yakni whatsapp. 

Untuk social aku guna lebih ig berjam-jam ok!. Twitter kalau bosan & fb jarang.

Untuk video youtube je la.

Jadi aku pilih social. Yeay!

Basically kalau korang pilih chat, whatsapp video call tidak termasuk unlimited ye! Kena tolak dari langganan internet.

Hotlink RED ni free internet untuk FB sebanyak 10Gb! Jadi aku ambik plan social tu rasa mcm ada redundancy di situ. Hmmm.




Aku try ambik plan 6Gb untuk RM35. Iaitu:
  • RM1.16 sehari ataupun 
  • RM5.83 per Gb!
Tapi xboleh la kira per Gb sebab social aku dikira  unlimited (1TB)!


Ok kita tengok 6Gb tu cukup ke tak!

2 Sept 2019 10:44am via BlogTouch


Monday, August 19, 2019

Sungai Petani Bandar Industri





Hari ni cheq sempat snap satu gambar iaitu Sg Petani Bandar Industri.



Selain itu, Sungai Petani juga ada cogan kata Sungai Petani Bandar Berdaya Huni.


Tapi, kali ni kita ulas ‘Bandar Industri’ ok? 

Kalau lihat dari logo MPSPK, memang ada maksud.



Ok? Bulatan bergerigi warna merah di tengah-tengah logo. Bermaksud Bandar Industri.

Tau tak objek yang cheq snap kat atas tu dari mana? Ha! Dekat2 dengan kilang Sharp, Bakar Arang.

Via BlogTouch, 19 August 2019, 9:20pm



Monday, August 5, 2019

Tissue Review Acchumm!!! 🤧 : Royal Gold, Kleenex & Vinda





Kisah review tisu ni sangat penting bagi aku sebab aku selalu bersin!

🤧acchuummm!!


Jom kita tengok jenis-jenis tisu.

Dulu aku guna Premier, tapi dah tak beli sebabkan kotak tisu aku memerlukan tisu dari tengah-tengah kotak. Korang kalau perasan, tisu Premier senget skit ruang tisu tu.


Kotak tisu aku pulak nak tengah-tengah pulak tu... Acane? Tersangkut-sangkut pastu terkoyak tisu.. 


Nak dijadikan citer aku ni asik bersin je. aku perlukan 3ply tissue ataupun 3 lapisan tisu. kuat sikit kan! Pegi tesco, carik lah tisu.. aku pikir royal gold & kleenex je. Tapi, ada promoter promote vinda. Not in my list. Dia kata very strong and high quality.

Aku pon beli sebab ada promo & give it a try la jgk. Lagipun nak letak Vinda dalam kereta je (tempat duduk belakang). Sebelum ni, kotak tisu aku dalam kereta abis kemek, kena duduk. 

So, beli vinda ni dalam plastik cover, tak kemek lah. Yeay! Dasar bontot tak de insurans!!! Hahaha.
Xpe, jom kita tengok ketiga-tiga jenis ni.


Nampak tak beza dia? Royal Gold kotak lagi besar berbanding Kleenex.  Of course, Vinda paling kecik!

Semua 3 ply, tapi!!! 

Vinda - 120 sheets originally from China.
Royal Gold - 120 sheets dari Nibong Tebal Paper Mill, Penang - sama mcm Premier
Kleenex - 110 sheets. buatan Kimberly-Clark, Johor

Sebelum tu, korang boleh lah tengok betapa besar tisu ni ikot kotak, patut Royal Gold. Tapi sebab Kleenex hanya ada 110 sheets, dia lebih besar.

Paling kecik Vinda, Royal Gold ni besar sikit je dari Vinda. Walaupun kotak paling besar! Korang gerak kotak tu, mmg ada ruang kosong. Dasar nak untong besar!!! hahhaa.  Btw, kotak Kleenex pun sama. Dasar. Vinda je nampak compact. Padan dengan saiz.

 Vinda vs Kleenex


 Royal Gold vs Kleenex


Vinda vs Royal Gold


Jom tengok satu-satu.

 Kleenex ni paling lembut di muka. Dan paling cepat bocor lepas bersin!

Royal Gold ok! agak tebal tapi agak kasar berbanding Kleenex.

Vinda pemenang bersin kali ni. Tebal dan tak sekasar Royal Gold tapi taklah selembut Kleenex.

Jadi, aku tak bias, walaupun dari China, Vinda pemenang. Memang imported quality lah! Betul kata promoter tu, very strong! Siap ada Shelf life 3 years from mfg date lagi. Kira tahun 2022 baru expired! haha..

Btw, Kleenex memang lembut di muka, that is why dia cepat bocor & paling penting Dermatology Tested.

Nak rasa Royalty, pilih Royal Gold? Nope! Just regular tisu 3 ply. Mungkin brand je kot. Kalau ada promo, grab je lah tisu ni kan! 

ok itu sahaja review Acchumm!!! 🤧 kali ni. 

via web 6:40pm 5 August 2019.