Friday, November 30, 2012

Maxis Unlimited Mobile Data






Good day to all!
This is a news for Maxis postpaid subscribers with mobile internet plans.  Don't confuse with broadband.  That is in different story.

I received this msg from maxis.


Starting from 3rd December 2012, there will be no charges if you use more than your monthly internet quota. Please take note that this is only applicable for those having 1GB plans and above. Do you? or not? if not, 30 sen/mb still applicable to your bill.

Thanks God! You can avoid bill shocks. Yup.  But it is obviously your speeds will be throttled down. At what speed you can get? @Maxislistens still not answering my tweet.

To sustain your speed, you can buy additional data quota by dialing  *136*9#.



Info: Kacang Tanah Boleh Bawa Maut





Makan kacang tanah boleh bawa maut??

image: wikipedia





Kredit: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, November 29, 2012

Fakta : Maklumat Malaysia Dalam CIA





CIA (Central Intelligence Agency) ada semua maklumat tentang negara di seluruh dunia.  Ini termasuklah Malaysia.  Semua maklumat-maklumat ni disimpan dalam pengkalan data (database) CIA.

Antara beberapa maklumat yang boleh diakses termasuklah:

Jalur Gemilang

14 equal horizontal stripes of red (top) alternating with white (bottom); there is a blue rectangle in the upper hoist-side corner bearing a yellow crescent and a yellow 14-pointed star; the flag is often referred to as Jalur Gemilang (Stripes of Glory); the 14 stripes stand for the equal status in the federation of the 13 member states and the federal government; the 14 points on the star represent the unity between these entities; the crescent is a traditional symbol of Islam; blue symbolizes the unity of the Malay people and yellow is the royal color of Malay rulers

note: the design is based on the flag of the US
Oh ye?

Gambar-gambar berkaitan dengan Malaysia.

 Gambar carik kutu. Dalam database CIA ni.

 KLCC.

Antara fakta-fakta menarik yang kita tak tahu/mungkin tak sedar.

Kumpulan Etnik
Malay 50.4%, Chinese 23.7%, Indigenous 11%, Indian 7.1%, others 7.8% (2004 est.)
Maksudnya, India adalah kurang berbanding pribumi Sabah & Sarawak.
Populasi
29,179,952 orang (Julai 2012) 
Berada di tangga ke 43 dari 239 negara.

Urbanization
Urban population: 72% of total population (2010)

Major cities - population
Kuala Lumpur (capital) 1.493 million; Klang 1.071 million; Johor Bahru 958,000 (2009)

Life expectancy at birth
Purata: 74.04 years
Male: 71.28 years
female: 76.99 years (2012 est.)

Kadar obesiti (dewasa) 
16.3% (2006)

Telephones - mobile cellular
36.661 juta (2012) 
Memang banyak pun sebab ada 2,3 phones serorang. Acane?

Illicit drugs
Drug trafficking prosecuted vigorously and carries severe penalties; heroin still primary drug of abuse, but synthetic drug demand remains strong; continued ecstasy and methamphetamine producer for domestic users and, to a lesser extent, the regional drug market.

Haa..... Maklumat lanjut : CIA






Uji tahap PSM anda





Berapakah tahap psm anda?

owh, maksudnya perkataan-se-minit (psm).

Kalau pernah isi borang mohon kerja, especially sektor awam, mesti ada ruang untuk diisi psm korang.

mesin taip elektrik
(time parktikal nih)

Meh uji tahap psm di sini. (words per minute)

 free typing test (c) CalculatorCat.com 


Wednesday, November 28, 2012

Malaysia menang inilah jadinya...





Macam-macam spekulasi, komen, hujahan dan tak kurang hebatnya yang bertaruh dalam satu-satu perlawanan bola.

Beberapa hari lepas Malaysia kalah dengan Singapura untuk Piala AFF Suzuki 2012.  Harini 28 November 2012 menentang Laos pula. Malaysia menang 4-1.

Taruhan pasti ligat berlangsung tatkala sang pemain bola bermandi peluh bermati-matian.

Ha. Tengok apa janji dari twitter yang saya lihat di susur masa.


Ha acane ni Hazwani Syamimi III ?  Ramai yang nak berkumpul depan Pavillion esok. Ha!

Ni pulak, nak potong. bukan iklan P1 okeh.

Arie Van'S, acane? dah sedia?

Kalau Malaysia julang Piala AFF Suzuki 2012, aku berjanji akan buat posting pasal kemenangan tu. ok?



Durian Runtuh Bergelimpangan






Mari tengok durian bergelimpangan satu lori.

Ambik dari facebook.



Barulah namanya durian runtuh bergelimpagan. Mana nak dapat kalau bukan kat Malaysia bumi bertuah ni??

Kat new york pulak ada kasut converse bersusun. Belom jatoh lagi ni.. Tq factsfun for instagram this pic.




Haa.. Pilih-pilih..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 27, 2012

Nikah dalam air? Glurp!





Ape perasaan korang kalau majlis pernikahan macam dalam gambar ni? Dalam swimming pool plak tu.

Mau lemas ye dak? Thanks ag for instagred this pic.  Lawak.




Teh Halia atau ENO?





Teh halia

Teh halia yang aku order
   
Aku order teh halia sebab rasa banyak angin dalam badan. Sebab orang kata halia sangat baik untuk buang angin dalam badan. Cer tengok ENO. Iklan ENO halia untuk buang angin.

Tapi aku prefer teh halia daripada minum ENO, sebab ENO untuk minum tengah-tengah malam dan emergency.



Gambar ENO dari sini
Info dibawah diambil dari : Cikgu Siti Ajar Yaakob

Zingiber Officinale [ Halia ]
Keterangan: Halia atau nama saintifiknya Zingiber Officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui.

Halia adalah tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam Bahasa Arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil".

Kegunaan:

1. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan.

2. Juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir.

3. Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

4. Ia juga boleh merawat mati pucuk (impoten). Caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu.

5. Untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.

6. Daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.

7. Untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. Semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut.

8.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.

Resepi : Teh Halia
Teh halia sememangnya terkenal dengan segala kebaikan dan juga sebagai penambah perisa kepada banyak hidangan. Walaupun pada dasarnya kelihatan seperti biasa, namun herba ini telah digunakan semenjak sekian lama. Seteguk teh halia pastinya memberikan sensasi dan rasa panas ke seluruh tubuh anda.

Lain kali jika anda berasa kurang sihat atau menghidapi selesema, cubalah minum segelas teh halia. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga yangyang terdapat pada halia dapat memanaskan paru - paru dan perut. Di bawah adalah resipi teh halia untuk anda cuba:

4 gelas air
2 inci halia segar
Hirisan lemon dan madu ( sebagai penambah perisa )

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambahkan sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit, Tapiskan air tersebut, dan tambahkan lemon dan madu sebagai penambah perisa.

Kenapa berkhasiat sangat ni?

Sifat panas yang terdapat pada akar halia memberikan lebih banyak fungsi perubatan - sama ada dalam keadaan kering ataupun mentah. Akar halia bertindak sebagai pemanas, salap, julap, pembuka selera makan, perangsang, dan juga penawar yang baik untuk ketidakhadaman. Inilah sebabnya akar halia kering ditanam dan digunakan untuk memulihkan pelbagai penyakit seperti batuk, selesema, loya, muntah - muntah, cirit- birit, radang sendi, senak perut, mabuk laut, kolik, kolera, asma, sakit kepala dan juga anoreksia.

Kajian juga menunjukkan halia juga dapat mengubati penyakit migrain dan sakit kepala. Kandungan shogoals dan gingerols yang terdapat di dalam halia juga dapat meneutralkan asid di dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot - otot penghadaman.

Haa.. amacam? try la!


Berapakah Usia Para Nabi?





Mungkin ramai yang tak tahu ataupun tahu berapakah usia nabi-nabi kita.

Berikut adalah usia nabi-nabi yang mencecah ratusan tahun, malahan  sehingga 1000 tahun.

Umur Nabi Nuh 1000 tahun.
Umur Nabi Adam 930 tahun.
Umur Nabi Zakaria 300 tahun.
Umur Nabi Syuib 254 tahun.
Umur Nabi Ibrahim 195 tahun.
Umur Nabi Sulaiman 180 tahun.
Umur Nabi Soleh 180 tahun.
Umur Nabi Hud 165 tahun.
Umur Nabi Yaakob 144 tahun.
Umur Nabi Ismail 137 tahun.
Umur Nabi Ishak 137 tahun.
Umur Nabi Musa 123 tahun.
Umur Nabi Yusof 110 tahun.
Umur Nabi Yahya 95 tahun.
Umur Nabi Daud 70 tahun.
Umur Nabi Muhammad s.a.w 63 tahun.
Umur Nabi Isa semasa sebelum diangkat ke langit 33 tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun ."

diambil dari sini: Tazkirah

Monday, November 26, 2012

Sampling size : Table Krejcie & Morgan





Those who conducting research might use Krejcie & Morgan for sampling size purposes. 

Table for Determining the Random Sample Size from a Determined Population:

If your population
is:
Then your random sample size should be:
If your population
is:
Then your random sample size should be:
10
10
440
205
15
14
460
210
20
19
480
214
25
24
500
217
30
28
550
226
35
32
600
234
40
36
650
242
45
40
700
248
50
44
750
254
55
48
800
260
60
52
850
265
65
56
900
269
70
59
950
274
75
63
1,000
278
80
66
1,100
285
85
70
1,200
291
90
73
1,300
297
95
76
1,400
302
100
80
1,500
306
110
86
1,600
310
120
92
1,700
313
130
97
1,800
317
140
103
1,900
320
150
108
2,000
322
160
113
2,200
327
170
118
2,400
331
180
123
2,600
335
190
127
2,800
338
200
132
3,000
341
210
136
3,500
346
220
140
4,000
351
230
144
4,500
354
240
148
5,000
357
250
152
6,000
361
260
155
7,000
364
270
159
8,000
367
280
162
9,000
368
290
165
10,000
370
300
169
15,000
375
320
175
20,000
377
340
181
30,000
379
360
186
40,000
380
380
191
50,000
381
400
196
75,000
382
420
201
1,000,000
384

Derived from: Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
This posting were re-blog from:  Khalid Amin: Table Krejcie & Morgan

 


Follow me on NuffnangX





NuffnangX adalah salah satu apps yang korang boleh download dalam smartphone korang.

Available on iOS & Android.

Follow me on NuffnangX

letak kat sebelah kanan.

Lampu Lip-Lap Gangnam Style





Giler Awesome!

Video Lampu Lip-lap ikut rentak muzik Gangnam Style.




sumber: sini

Sunday, November 25, 2012

Fakta Kredit Kad di Malaysia







sumber : di sini


Kalsium Rokok Surya





Lepas makan malam tadi, aku sempat singgah satu kedai runcit. 
Sampai je kedai, ada pelanggan lain yang sedang bayar.
Mata terus meluru ke arah 3 orang remaja lelaki yang berfesyen agak janggal masuk ke kedai yang sama. 
Biasalah, budak baru nak naik, bisik hati aku. Umur mereka mungkin dalam lingkungan 13-15 tahun.
Yang peliknya, mereka tak capai apa-apa barangan pun.

Mereka terus ke kaunter selepas pelanggan sebelum tu selesai dan berlalu pergi.

Remaja pertama; "Rokok Surya sebatang" -- 5kupang, balas kakak cashier sambil menyerahkan sebatang rokok Suria.
Remaja kedua; "Rokok Surya kak" terus berlalu pergi selepas mendapatkan rokok dan meletakkan 50sen atas meja cashier.

Oh. Harga Rokok Surya sekarang 50sen rupanya. Baru aku tahu harga semasa rokok.

Remaja ke-3 rupanya di penjuru kedai. Berdiri agak lama di peti sejuk yang menempatkan air minuman sejuk.  Aku terus perhatikan gelagatnya kerana aku mahu membeli barangan yang perlu ditimbang, jadi, aku dahulukan pelanggan lain dulu.

Termanggu aku sekejap lepas melihat remaja tadi mengambil Calci-yum dan meluru ke arah kaunter. Ye. Calci-yum bukannya rokok. "Berapa?" RM1.20 balas kak cashier.

Aku sangat terharu sebab remaja tadi sanggup menghabiskan duit yang lebih untuk sesuatu yang lebih berkhasiat, daripada merosakkan paru-paru sambil membakar duit begitu sahaja.

Aku berdoa agar dua remaja yang memilih untuk membeli rokok itu berubah dan menjadi insan yang berguna di masa depan.  Pada remaja yang memilih untuk tidak membeli rokok, aku tabik!