Sunday, November 25, 2012
Kalsium Rokok Surya
Lepas makan malam tadi, aku sempat singgah satu kedai runcit.
Sampai je kedai, ada pelanggan lain yang sedang bayar.
Mata terus meluru ke arah 3 orang remaja lelaki yang berfesyen agak janggal masuk ke kedai yang sama.
Biasalah, budak baru nak naik, bisik hati aku. Umur mereka mungkin dalam lingkungan 13-15 tahun.
Yang peliknya, mereka tak capai apa-apa barangan pun.
Mereka terus ke kaunter selepas pelanggan sebelum tu selesai dan berlalu pergi.
Remaja pertama; "Rokok Surya sebatang" -- 5kupang, balas kakak cashier sambil menyerahkan sebatang rokok Suria.
Remaja kedua; "Rokok Surya kak" terus berlalu pergi selepas mendapatkan rokok dan meletakkan 50sen atas meja cashier.
Oh. Harga Rokok Surya sekarang 50sen rupanya. Baru aku tahu harga semasa rokok.
Remaja ke-3 rupanya di penjuru kedai. Berdiri agak lama di peti sejuk yang menempatkan air minuman sejuk. Aku terus perhatikan gelagatnya kerana aku mahu membeli barangan yang perlu ditimbang, jadi, aku dahulukan pelanggan lain dulu.
Termanggu aku sekejap lepas melihat remaja tadi mengambil Calci-yum dan meluru ke arah kaunter. Ye. Calci-yum bukannya rokok. "Berapa?" RM1.20 balas kak cashier.
Aku sangat terharu sebab remaja tadi sanggup menghabiskan duit yang lebih untuk sesuatu yang lebih berkhasiat, daripada merosakkan paru-paru sambil membakar duit begitu sahaja.
Aku berdoa agar dua remaja yang memilih untuk membeli rokok itu berubah dan menjadi insan yang berguna di masa depan. Pada remaja yang memilih untuk tidak membeli rokok, aku tabik!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha.. like.. quote "budak baru nak naik". Rokok suria je la yg mampu...
ReplyDeletetu la. baik beli calci-yum. lagi sihat. he!
Deletehaha..tegelak gua baca entry lu bro..:) aduyai..
ReplyDeleteHahaha.. Tulah dia.
Delete