Sunday, January 28, 2018

MyTNB Portal - Bil Eletrik





Zaman sekarang orang online je nak view bill. Lagi-lagi kalau bil yang dipos ke rumah kene caj RM2, RM5 dan lain-lain sebab kos kertas, print dan postage lagi.

Dalam kes aku, bil TNB tak dapat pulak. Mungkin terbang, hilang kat luar. Sebabnya jiran aku punya bil (tnb atau air) selalu terbang ke rumah aku. Kena lah masukkan dalam peti surat dia.

Ha, macam mana nak tengok bil TNB? Btw, korang boleh view dari portal myTNB.

click: https://www.mytnb.com.my/User/Login


Kena register dulu ye.

Siap ada statistik ikot purata rumah di Malaysia. Untuk bulan ni, rata-ratanya aku gunakan 21% lebih rendah dari kebanyakkan rumah yang serupa.

Nak check bil, kena click manage account. Pilih tab billing & payment history. Maka jumpalah billing history korang. Click print.


Ha, keluarlah bentuk pdf.  Bil ni lain skit dari bil panjang biasa kita dapat. Boleh print atau simpan secara digital. Kemain!

Lagi satu, korang boleh download app dari appstore ataupun playstore. Mudahkan?


9:33 p.m. 28 Jan 2018. Blogspot web.

Saturday, January 27, 2018

e-Waste





Sampah biasa busuk berulat-ulat pun ada jugak. Sisa-sisa makanan ni biasa buang je kat tong sampah biasa. 

Kalau komputer, tv, henfon, radio, buang kat mana ye? Ha, itulah kita namakan sebagai e-waste.



Tadi kat USM ada satu tong sampah yang lain dari lain. Drop electronic only? Nampak tak ada cable usb tu. Ha.



Tong sampah ni berada di laluan perpustakaan. Nampaknya usaha dari Enactus USM.



Ha, bila bukak, ini lah sampah nya. Cable, ada digital camera dan lain-lain.


Bila google, rupanya memang dah ada syarikat yang uruskan sampah electronic ni. Baca di sini: http://www.recycle.my/index.html

Ha, jadi, sebenarnya kita dah ada satu lagi kategori, iaitu elektronic (selain kertas, kaca, plastik, dan tin).

Jom kitar semula!

2:54 p.m. 23 Jan 2018. BlogTouchPro

Tips jalan-jalan di mall





Kalau berjalan-jalan kat shopping mall mesti tekak rasa haus. Nak beli starbucks, kene fikir berpuluh kali. Ka-ching. 

Kalau poket tebal no problemo. Btw, aku baru tahu bahawa air mineral 500ml hanya 70sen kat Popular. Ye kedai buku tu.


Kalau dahaga & memang nak air mineral je, ini paling berbaloi. 

Spritzer 600ml pulak baru RM1.30 je!!!

Ok. Sharing is caring.

1:38 p.m. 24 Jan 2018. BlogTouchPro


Monday, January 22, 2018

Harga Gas Rumah





Kebetulan hari ni gas rumah dah abis dan spare pun dah abis jugak. 


Macam ni lah rupa tong gas ye kawan-kawan. Kot2 la korang guna induction kitchen, tekan suiz letrik, terus boleh masak. 

Tong gas Petron Gasul 12kg & 14kg nampak berkilat-kilat lagi. Dari website : https://www.petron.com.my/web/site/lpg



Ha, yang ni realiti ok. Untuk 2 tong refill, aku kena bayar RM52. Kira satu tong RM26. 

Seingat aku tahun lepas bayar RM50 je untuk dua tong. Mebi harga dah naik la kot.


Lepas google, aku dapat ni, tapi dari petronas website.


Patutnya secara standard harga memang kena macam ni. Kira beli petrol kat Malaysia, semua harga sama xkira brand. Ok la tu. Harga standard.

Untuk tong, aku xpulak beli yang baru. Seingat aku tahun 2010 dulu beli tong gas skali gas dalam tu RM70 untuk 12kg. Sekarang xtau la.

Dah beli gas, apa lagi, dapur kena berasap ok?

4:30 p.m. 22 Jan 2018. BlogTouchPro.

Sunday, January 21, 2018

Malaysia Web Hosting - Exabytes






Ha, kalau buat website, blog dan lain-lain, kita akan gunakan web hosting, sebagai contoh, blogspot ni lah. Yang di kendalikan google.

Dari Malaysia ada x? Ya, salah satu penyedia tempatan - Exabytes. Boleh ke exabytes.my


Ni ambil dari website exabytes.my

Mereka ni ada kepakaran dalam banyak benda selain web hosting, semenjak 2001. Kiranya dah 17 tahun. Nak ambik SPM kalau korang lahir 2001.




Salah satu pelanggan, zakatkedah. Aku ada posting tentang lokasi zakat kedah kat Sg. Petani. Ingat tak?

Jadi, ini adalah salah satu syarikat yang korang boleh cuba. Mereka beroperasi di Pulau Pinang, dan ada branch di KL. 

6:19 pm. 21 Jan 2018. BlogTouchPro.

Saturday, January 20, 2018

Menara Alor Setar





Hari ni ada kenduri kat Alor Setar (AOR). Kalau dah ke AOR ni, mesti nak singgah Aman Central.
Tepat-tepat bersebelahan dengan mall ni, ada satu mercu tanda AOR, Menara Alor Setar.


Dok dongak ke atas, view dari bawah.



Gambar view dari H&M, Aman Central. 

Macam Menara KL, Menara Alor Setar ada tingat restoran berputar. Ok sedikit info, menara telekomunikasi ini mempunyai ketinggian 165.5 meter berbanding Menara KL yang berketinggian 421 meter.





Waktu sunset dari Menara Alor Setar, dari aras restoran berputar.


Ruang pemerhati hanya pada paras 88 meter.

Untuk ruang pemerhati (observation deck) dari Menara Alor Setar, mesti korang terkejut, sebab open air je. Kalau panas, maka panas la, kalau hujan, rasa sejuk la jugak. Haha.


Open air, memang terbukak je. Waktu ni ada rombongan budak sekolah.

Nampak tak ada grill tu, so, korang selamat, xjatuh ke bawah. Mungkin henfon korang boleh jatuh kalau gaduh dengan bf/gf waktu kat atas ni.  

Jadi, kalau korang dah kebetulan jalan-jalan kat Alor Setar, xpernah lagi naik, boleh lah naik. Tengok-tengok view Alor Setar.


10:11 p.m. 20 Jan 2018. BlogTouchPro

Friday, January 19, 2018

Itinerary ke Cameron Highland 2018





Jom short vacay Cameron Highland. What to do, in 3D2N peeps?




Awal tahun 2018 haritu sempat ke Cameron. Ni aku kongsikan itinerary berjalan-jalan di Cameron Highland. 

Since aku dari Sungai Petani, Kedah, jadi waktu perjalanan adalah seperti berikut.


Day 1
1400 : Bergerak ke Cameron Highland
1830 : Tiba di Hotel & check in
1930 : Taman Abang Buffet Steamboat and Grill, Tanah Rata (016-2250315)

Day 2
0800 : Breakfast @ Hotel
0900 : Bergerak ke Sungai Palas Tea Boh Plantation 

0930 : Pastry & morning tea @ Palas Tea Boh Plantation 

1100 : Melawat Kilang Teh BOH Sungai Palas

1200 : Lunch at Cafe Lorong

1315 : Solat Jumaat / Butterfly Farm

1500 : Petik Strawberry @ Opah Strawberries & Jams - Jalan Taman Sedia

1600 : Taman Arkeologi MARDI


1700 : Evening tea & scone time @ Cameron Valley - Tanah Rata

1800 : Balik Hotel, Rest & Bersiap
2000 : Pasar Malam
2100 : Dinner @ Rasa Sayang Cafe

2300 : Balik Hotel & Good Night

Day 3
0800 : Breakfast @ Hotel
0900 : Nasi Lemak strawberry abg cafe & checkout


1030 : Kea Farm

1200 : Lavender Valley

1300 : Cameron Valley Tea House, Kuala Terla beli Teh Cameron Valley
1500 : Bertolak Pulang
1700 : Early Dinner @ Nasi Vanggey, Ipoh

2000 : Tiba di Sg Petani


Ha. Jom ke Cameron! 



7:23 p.m. 19 Jan 2018. BlogTouchPro.

Thursday, January 18, 2018

Berkuasanya Passport Malaysia





Do Malaysian have such a powerful passport? 

Ha, kalau terjemah, adakah rakyat Malaysia mempunyai pasport yang berkuasa?

Sebelum tu, lets check out apa yang ada pada pasport Malaysia ni.

Passport Malaysia warna merah menyala. Merah maksudnya berani, siapa tak tahu sila belajar sampai pandai. Ada jata negara kat tengah-tengah kulit depan pasport ni.



Selak kulit depan, maka, nampaklah bahagian ni. Ye! Xboleh pegi Israel!!!!

Pegilah tempat-tempat lain, jangan jejak ke bumi Israel. Tapi rasanya tahun lepas ada isu dengan Korea Utara, makanya xboleh juga ke Korea Utara setakat ini.


Ni penting. Bahagian belakang sekali. Jangan buat macam-macam, nanti korang yang susah kat imigresen.

Berbalik pada betapa berkuasanya pasport Malaysia, untuk tahun 2018, Henley Passport Index dah keluarkan laporan awal tahun ni. 

Untuk ranking Asia Tenggara, Malaysia di tangga ke 2. Nombor 1 negara jiran di selatan, Singapura. 


Boleh tengok di sini: 
https://www.henleyglobal.com/files/download/HPI2018/PI%202018%20INFOGRAPHS%20SEA%20180105.pdf

Malaysia secara keseluruhan menduduki tangga ke 2 di Asia Tenggara, ke 4 di Asia (selepas Singapura, Jepun, & Korea Selatan) dan di tempat ke 12 di dunia. 

Rakyat Malaysia boleh ke 166 buah negara menggunakan pasport mereka tanpa visa! Rasa berkuasa tak?


4:17 p.m. 18 Jan 2018. BlogTouchPro.


 

Tuesday, January 16, 2018

Palas Supreme Tea – BOH





Hi and good day everyone.
Hari ni aku nak kongsikan tentang Teh Palas Supreme dari pengeluar teh tempatan, BOH.
Ha, bekas tin ni pun eksklusif kena lah dengan namanya. Harga lebih kurang RM17-18 kalau tak silap aku. 
Teh Palas Supreme dibuat 100% dari daun Black Tea, Sungai Palas, Cameron Highland, Pahang, Malaysia.
Mereka menggunakan daun dari pucuk pokok teh yang dipetik menggunakan tangan. Staf BOH Sungai Palas ni pun mengesyorkan kami untuk beli teh ni. Sebab tak dijual di tempat-tempat lain.

Nampak tak penutup tin ni. Ada cop mohor BOH dan jugak pucuk daun teh. 

Kat bawah tin ni ada info tambahan. Cara-cara nak buatnya sangatlah mudah. Macam buat air teh biasa. Yang penting halal dan tak tamat tempoh lagi. 

Kat dalam tin ini ada uncang teh berbentuk piramid (pyramid bags). Bukan seperti uncang teh biasa ye. Korang akan dapat 20 uncang teh untuk satu tin.

Haa, zoom lagi nak tengok macam mana bentuk uncang piramid. Nampak tak daun teh tu dipotong besar dari yang biasa kita lihat.


Kesimpulannya, rasa teh ni sedap. Buat Teh O ye. Bukan teh susu. Rasa memang nipis je.

Info dari staf BOH, semakin besar keratan teh, semakin nipis rasanya. Semakin kecil keratan teh, semakin tebal rasanya. Kira tebal tu makin kelat la. 

Jom minum Teh!



12:00 p.m. 17 Jan 2018. BlogTouchPro.

HotlinkRed App





Hai semua.

Untuk pengetahuan semua, aku memang pengguna hotlink/maxis.

Dah lama, sejak zaman dulu kala lagi. Disebabkan keluarga semuanya guna hotlink. (Bukan sekarang... ada yang guna Digi, Celcom, Umobile).

Panjang citernye. Dulu pun aku ada beli iphone 4 dari maxis klcc. Tapi iphone 7 red edition aku beli dari Lazada je. Ha!

Huishhh. Dah. Mari tengok HotlinkRED ni apa ye?


Haaa, ni la app HotlinkRED. (iOS)


Red kan? Merah betul. Paparan ni keluar sebaik sahaja kau click app tu.




Haaa. Inilah paparan HotlinkRED. Banyak betul iklan.

Iklan FB 999GB lah, dan lain-lain.  Balance dan Internet ni lah kita kene tengok sebenarnya.

Of course, balance adalah baki. Sekarang ni baki aku ada RM34.61 yang akan tamat pada 19 Feb 2018.

Bahagian internet ni dia lump sum semua sekali, termasuklah FB punya GB tu. Nampak macam baki lagi 1 TB kan? Jangan tertipu. Meh tengok.


Ha! Pastikan anda beli plan-plan ni baru boleh dapat 999GB FB tu.



Ni adalah pecahan baki GB internet sebenarnya.

Aku beli 5GB internet sebulan untuk 30 hari. Baki ada lagi 2.81GB je. Bukan lebih 1TB tu. (1000GB)



Nak beli internet, boleh tekan Shop. Haaa pilih la mana-mana satu pilihan mengikut kesesuaian.



Ni pulak bahaguan Reward yang mana akan dapat lebih GB kalau kita top up. Ini salah satu senab aku guna hotlink daripada maxis postpaid. Nampak tak? 
More bonuses!!!!! Tanpa GST (setakat ni) Hehe.

Lagi 25 points untuk dapat reward seterusnya 

(point berdasarkan RM. kalau beli internet berjumlah RM3, dapatlah 3 point. Faham x?).

Aku ada 35 point sebab aku beli data 5GB sebulan untuk RM35. Haaaa. Clear kan?



Last sekali, Settings.

Bahagian settings ni kau boleh tengok macam-macam pasal profil yang kau sedang langgani.


Promo hotlink ni berubah-ubah mengikut waktu. Jadi xtentu lagi promosi FB tu ada lagi 2-3 bulan lagi.

Seingat aku sebelum ni ada promo youtube.

Oklah itu je kisah tentang HotlinkRED app ni.



4:13 p.m. 16 Jan 2018. BlogTouchPro